Suzuki GSX-S1000 2022 rasmi masuk Malaysia, harga dari RM76,900

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Malaysia baru-baru ini melancarkan sebuah lagi model motosikal baharu, iaitu Suzuki GSX-S1000 sebagai pelengkap kepada model GSX-R1000 (dan GSX-R1000R) yang telah dibawa masuk sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GSX-S1000 hadir dengan enjin empat silinder sebaris 999 cc sejukan cecair yang mampu menghasilkan 152 PS, atau peningkatan 2 PS berbanding model terdahulu.

Sistem ekzos menampilkan ciri Suzuki Exhaust Tuning, unit peredam, penukar bermangkin baharu, serta rekaan kebuk yang disemak semula bagi memenuhi standard piawaian Euro 5.  
 

GSX


Penukaran gear dibantu dengan sistem Suzuki Clutch Assist System (SCAS) bagi memberikan nyahpecutan yang lebih lancar, serta kawalan yang lebih ringan dan baik, dan tidak ketinggalan penukaran pantas dua arah (Bi-directional Quick Shift) yang menawarkan penukaran gear tanpa penggunaan tuil klac.

Suzuki menggunakan casis yang serba kompak dan ringan bagi menawarkan karakter tunggangan yang lebih sporti, lincah dan menyeronokkan, dibantu dengan bar hendal 23 mm lebih lebar, serta sudut tunggangan menegak yang menawarkan keselesaan.
 

GSX


Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan KYB 43 mm jenis terbalik boleh laras sepenuhnya, diikuti suspensi belakang link-type yang menawarkan kestabilan dan kelincahan di atas jalan raya.

Tangki bahan api pula adalah sebesar 19 liter, sementara sistem brek pula terdiri daripada angkup Brembo monoblok empat omboh dengan rotor berkembar terapung 310 mm.
 

GSX


Antara bantuan elektronik yang dimuatkan termasuklah automatic blipping, Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) dengan tiga mod berbeza, serta Suzuki Traction Control System (STCS) dengan lima tetapan serta mod OFF.

Harga jualan di pasaran Malaysia bermula dari RM76,900.00 dan ditawarkan dalam warna Metallic Triton Blue.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sama seperti Avenis, Burgman Street EX turut dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang…
Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…