Sushi King, Family Mart antara lima jenama baharu di R&R, hentian sebelah PLUS

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perbadanan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hari ini menandatangani perjanjian serta memperkenalkan jenama-jenama F&B di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah di sepanjang Lebuhraya PLUS. 

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Lembaga Lebuhraya Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Aziz bin Abdullah dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, YBhg. Datuk Azman Ismail serta rakan-rakan niaga jenama baharu. 

Turut hadir ialah Pengerusi PLUS, YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd Sheriff Mohd Kassim.

 

 

Dalam majlis ini, PLUS memperkenalkan lima jenama baharu antaranya Sushi King, Bon 900 Café, Daily Fresh, My Laksa dan Family Mart yang akan dibuka di R&R dan hentian sebelah terpilih. 

Pengenalan jenama baharu ini merupakan salah satu inisiatif PLUS untuk menawarkan lebih banyak variasi pilihan makanan dan minuman kepada pelanggan lebuh raya ini sesuai dengan kehendak pelanggan lebuhraya masa kini. 

Dalam masa yang sama, PLUS turut menyampaikan anugerah kepada rakan niaga secara individu manakala R&R Seremban Arah Utara dinobatkan sebagai R&R Terbaik PLUS. 

Anugerah dengan nilai keseluruhan RM70,000 termasuklah anugerah R&R Terbaik PLUS bernilai RM10,000.

 

 

Berikut merupakan lokasi bagi rakan niaga terbaharu PLUS:

 

  • Bon 900 Cafe - Hentian Dengkil 
  • Daily Fresh - Hentian Machap (U), Hentian Gunung Semanggol (U) & (S) 
  • Family Mart - Restoran Jejantas Sungai Buloh
  • MyLaksa - Hentian Gurun (U) 
  • Sushi King - Hentian Rawang (S)

Operasi rakan niaga baharu ini akan bermula berkuatkuasa dari bulan April.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…