Supra A90 baharu - Toyota buka pekung kenapa perlu babitkan BMW?

oleh HEZERI SAMSURI|
Ini ialah soalan yang ramai masih tertanya-tanya, kenapa Toyota perlu bantuan BMW untuk menghasilkan model legenda Supra yang terbaharu.

Toyota sudah ada kapasiti untuk menghasilkan kenderaan prestasi mereka sendiri. Model-model sporti seperti Lexus LF-A contohnya, dan yang terkini seperti Lexus RC F, Lexus LC dan Toyota GT86 sudah cukup untuk membuktikan DNA motorsports sentiasa ada di dalam dada Toyota.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi kenapa perlu bekerjasama dengan BMW?

Generasi pertama Supra sebenarnya berdasarkan sebuah Toyota Celica, tetapi Supra mempunyai muncung yang lebih panjang untuk memuatkan enjin 2.0L enam silinder sebaris (inline-6).

Seterusnya enjin Supra berkembang sehingga ke 3,000cc tetapi susun-aturnya tetap sama - sebuah inline-6.

 

 

Generasi keempat Supra dilancarkan dalam tahun 1993 sehingga 2002 dengan enjin 2JZ 2,997cc, inline-6 dan generasi keempat ini yang mula mendapat status "cult" oleh generasi Gen-Y dan Millenials.

Gambaran Supra di dalam permainan video dan juga di dalam siri Fast & Furious menambahkan lagi populariti Supra itu, sehingga Toyota akur ia perlu menghasilkan Supra gantian.

Ini ditambah lagi dengan keinginan CEO Toyota, Akio Toyoda yang mahu jenama itu membuang imej bosan dan "auntie-uncle" pada produk-produk terkinimya.

 

 

Namun begitu, pasaran kenderaan prestasi sememangnya terlalu kecil dan kos pembangunan sangat tinggi. Kita mempunyai sebuah kenderaan yang perlu cemerlang dari segi mekanikal, dan kita tidak mampu untuk menjual model itu dengan banyaknya.

Kerana itu Toyota langsung berbincang dengan BMW agar kos pembangunan model Supra ini digabungkan dengan model Z4 kerana seperti Toyota, BMW juga mahukan sebuah kerjasama yang boleh membantu mereka menghasilkan produk yang terbaik dan dengan kos yang munasabah agar mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk menumpaskan seteru mereka berdua, Porsche Cayman/Boxster.

Dan kerana itu Z4 juga akan mempunyai enjin 3.0-liter 6-silinder sebaris dengan kuasa kuda melampaui 300 hp, Toyota merasakan itu sudah mencukupi sebagai syarat pengganti Supra.

 

 

Selain dari itu, Supra mempunyai pasaran yang besar di US dan walaupun besar, ia tidak cukup untuk dibina di Jepun atau mana-mana kilang milik Toyota.

Ia adalah sebuah kenderaan yang khusus dan Toyota mahukan ia dibina oleh kontraktor pemasangan terkemuka Eropah, Magna Steyr.

Terletak di Austria, Magna Steyr membina kenderaan dalam jumlah yang tidak begitu tinggi. Antara pelanggan mereka ialah Mercedes-Benz, BMW dan Peugeot.

 

 

Magna Steyr akan mula memasang Supra baharu pada hujung tahun ini kerana ia akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.

Di Jepun, Supra ini akan hanya dijual di dewan pameran milik jenama baharu Toyota, GR (yang bermaksud Gazoo Racing).

Toyota akan mempunyai sebanyak 39 kedai GR di seluruh Jepun pada hujung tahun ini. Ia menjual varian-varian GR untuk model-model lazim seperti Yaris, Prius, GT86 dan Harrier.

 

* Ikuti artikel selanjutnya kelak mengenai bagaimana BMW memandang remeh kepada Toyota

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…