Supercar lagenda Countach LP 500 kembali!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara tahunan Concorso d’Eleganza Villa d’Este, Lamborghini tampil dengan model ikonik Countach LP 500 yang telah dibina semula untuk kategori kereta konsep.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikendalikan oleh divisyen Lamborghini Polo Storico, pembinaan semula model supercar bersegi ini mengambil masa kira-kira 25,000 jam dan dipantau oleh unit Lamborghini Centro Stile bagi memastikan kualiti serta hasil kerja yang diperlihatkan adalah terjamin.

Menurut Pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann menjelaskan, "Countach telah mencipta semula segmen kereta berprestasi tinggi, dan ia menjadi sebuah ikon yang mempengaruhi rekaan kontemporari Lamborghi, meskipun setelah berdekad lamanya.
 

LP 500


Lamborghini Countach LP 500 dipersembahkan pada acara Geneva Motor Show pada Mac 1971 di mana setelah tiga tahun pembangunan, model tersebut dimusnahkan dalam ujian pelanggaran pada Mac 1974 dan kemudian, hilang dari pandangan.

Hanya pada akhir tahun 2017, seorang pelanggan penting Lamborghini dan juga peminat kereta klasik bertanyakan kepada Polo Storico berkenaan kemungkinan untuk membangkitkan kembali model lagenda Countach LP 500.
 

LP 500


Bukan mudah untuk mencari segala bahan yang ada, di mana setiap gambar, dokumen, laporan perbincangan, lukisan asal - semuanya dinilai dengan teliti bagi mendapatkan butiran setepat mungkin bagi model tersebut.

Malah, usaha ini mendapat sokongan daripada Fondazione Pirelli yang turut sama menyumbang bahan arkib bersejarah untuk menghasilkan kembali tayar asal yang dipasang pada model LP 500.

 


Berdasarkan video teaser yang diperlihatkan baru-baru ini, anda sendiri boleh melihat bagaimana usaha Polo Storico untuk membina kembali setiap panel badan Countach LP 500 ini menggunakan cara tradisional.

Sementara untuk komponen mekanikal, pihak Lamborghini menggunakan alat ganti asal, sementara komponen yang sudah lusuh dipulihkan semula atau dibina kembali sepenuhnya.

 

LP 500


Menurut Mitja Borkert, ketua unit rekaan Lamborghini Centro Stile menjelaskan, "cabaran terbesar adalah untuk menghasilkan kembali sebuah kereta yang sama besar dengan model asal, dan kami mengambil peluang menggunakan ciri pengimbasan tiga dimensi terhadap model LP 400 (casis 001) yang merupakan sumber rujukan terbesar kami.

"Proses ini mengambil masa 2,000 jam untuk kami mendapatkan hasil yang diingini, dan kami menggunakan prosedur yang sama untuk ruang kabin.
 

LP 500


Bukan sekadar garis dan reka bentuk yang dikekalkan, malah Lamborghini Countach LP 500 turut mengekalkan model tayar yang sama digunakan semasa kemunculan di Geneva, iaitu Pirelli Cinturato CN12 bersaiz 245/60R14 depan dan 265/60R14 belakang.

Meskipun tayar tersebut menampilkan reka bentuk estetik dan bunga tayar yang sama seperti era 1970-an, namun kompaun serta struktur tayar dibangunkan menggunakan teknologi moden.

Untuk aspek warna pula, pihak Lamborghini membuat keputusan untuk melayangkan warna kuning yang dinamakan sebagai "Giallo Fly Speciale" setelah meneliti dan menganalisa data-data arkib sedia ada.

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…