Subsidi petrol dibayar terus ke akaun bank - Menteri KPDN HEP

oleh Mohamad Hanif|
Modenas

Golongan B40 bakal menerima subsidi bahan api daripada kerajaan secara terus menerusi akaun bank masing-masing, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini. 

Beliau menjawab soalan daripada MP Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang inginkan penjelasan bagaimana perancangan kerajaan bagi memberikan subsidi petrol, terutama bagi golongan luar bandar. 

MP Bera juga turut bertanyakan adakah subsidi akan diberikan bergantung kepada individu, atau kenderaan atau adakah terdapat had pembelian yang dibenarkan untuk setiap individu, termasuklah penggunaan kupon atau kad minyak di stesen pam. 

Menurut Menteri, penggunaan kad seumpamanya di stesen minyak sedang dipertimbangkan dan kerajaan berharap ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah ketika pelancaran secara rasmi dibuat. 

Beliau menambah, kerajaan kini menyalurkan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 90 peratus kumpulan B40 secara dalam talian, manakala baki 10 peratus lagi dibantu oleh beberapa bank supaya 100 peratus penerima BSH mempunyai akaun bank tersendiri. 

Menerusi pelaksanaan langkah ini, pengguna akan membayar harga petrol yang sama (ketika ini RM2.08 seliter), namun para pengguna B40 akan dibayar balik jumlah subsidi yang diterima ke dalam akaun masing-masing. 

Sumber: MalayMail

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Utusan Malaysia melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (…