Persiapan subsidi bersasar RON95 masuk fasa akhir - Menteri KPDNHEP

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Utusan Malaysia melaporkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini berada pada fasa akhir untuk melaksanakan dasar subsidi petrol bersasar RON95 yang dijadualkan pada suku kedua tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana Kementerian Kewangan akan memuktamadkan pemilihan vendor bagi melaksanakan sistem tersebut pada bila-bila masa sahaja sekarang.

Sebaik saja dimuktamadkan, katanya, KPDNHEP akan bekerjasama dengan vendor berkenaan untuk memastikan sistem tersebut berjalan dengan licin dan lancar tanpa gangguan apabila dimulakan.

“KPDNHEP juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat minyak dan pengusaha stesen sama ada kecil atau besar mengenai persiapan masing-masing.

“Rundingan dan semakan bersilang turut diadakan dengan agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk memastikan senarai penerima yang akan menikmati subsidi ini adalah data yang diyakini dan bersih.
 


“Kalau ikut persiapan, kita dalam lingkungan keupayaan untuk melaksanakan sistem ini mengikut jadual kecuali kalau ada pengubahsuaian kerana kita tidak akan mulakannya sehingga betul-betul bersedia,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan stesen minyak BHPetrol Sepang-Lukut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd. Aziz dan Pengarah Urusan Seng Group, Datuk Seri Lim Chin Fui.

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah mengumumkan pemberian subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter yang terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta dengan kapasiti enjin bawah 1,500cc dan 40 liter sebulan untuk pemilik motosikal 125cc dan ke bawah.

Menteri Kewangan, Lim Gua Eng berkata, kerajaan memperuntukkan RM2 billion bagi pemberian subsidi tersebut yang bakal memberi manfaat kepada seramai 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motosikal.

Saifuddin Nasution menarik perhatian, kelayakan bagi menikmati subsidi bersasar itu adalah berdasarkan kepada garis pendapatan keluarga mengikut data jabatan dan agensi berkaitan.

“Ini tujuan sebenar subsidi bersasar ini dilaksanakan kerana ia perlu sampai kepada golongan sasaran,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk itu, Rafizi berkata kerajaan tidak bercadang melanjutkan pendaftaran dan kemas kini Pangkalan…
Berita Domestik
  "Kementerian juga telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan…
Informasi
  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution…