Subaru WRX STI Final Edition - lapan unit terhad, hanya di Sepanyol!

oleh Mohamad Hanif|

Jika anda ingat kisah Mitsubishi menamatkan siri Evolution X, mereka menggunakan istilah Final Edition menandakan mereka benar-benar mengakhiri lagenda sedan berprestasi tinggi dari Jepun itu. 

Namun, ia sedikit pelik kerana Subaru Sepanyol mengambil langkah yang serupa dengan melancarkan edisi khas Subaru WRX STi Final Edition dengan lapan unit sahaja ditawarkan. 
 


Kesemua enam unit WRX STI Final Edition ini dilayangkan dengan warna ikonik WR Blue Pearl manakala baki dua unit lagi didatangkan dengan warna Crystal Black Silica. 

Itu sahaja perbezaan yang dibawakan kerana edisi terhad Final Edition ini menggunakan rim 19 inci berwarna emas ala-ala jentera WRC, splitter hadapan, gril dengan trim merah, dan tip ekzos krom. 
 


Manakala ruang dalaman pula menampilkan kemasan stereng balutan Alcantara, butang pandu mula berwarna merah dan alas lantai STI. 

Kesemua unit Final Edition ini hadir dengan plak khas bernombor terletak di konsol tengah yang dipadankan dengan aksesori keychain. 

Menariknya, Subaru Sepanyol turut melengkapkan WRX STI ini dengan ciri-ciri standard seperti sistem infotainmen dengan paparan 7 inci, navigasi, sistem bunyi keliling Harman Kardon dengan sembilan speaker berkuasa 440 watt, amaran titik buta, wiper dengan ciri pengesan hujan dan lampu automatik. 
 


Tiada sebarang perubahan mekanikal didatangkan, jadi adalah selamat untuk kita meneka bahawa kesemua unit WRX STI datang dengan enjin boxer 2.5 liter turbo yang mampu menjana 296 hp dan 407 Nm, transmisi manual enam nisbah kelajuan dan pacuan semua roda. 

Harga?

 


Untuk sebuah WRX STI Final Edition ini, anda perlu mempunyai wang berjumlah €57,500 atau RM263,925 jika mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.  

Perlu diingatkan, lapan unit sahaja ya!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Imej yang didaftarkan ini dilihat sangat hampir dengan konsep Subaru WRX STI Performance B yang…
Berita Global
Persoalannya: adakah Subaru akhirnya akan membina semula WRX STI? Atau mungkin memperkenalkan…
Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…