Perubahan pantas regulasi emisi mampu 'pendekkan hayat WRX STI' - Subaru

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Subaru mengejutkan dunia dengan berita yang mengesahkan sedan WRX generasi baharu tidak akan ditampilkan dalam versi STI yang lebih agresif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model generasi  baharu tersebut bakal mendapat trenkuasa berelektrik sama ada enjin hibrid atau EV sepenuhnya.

Menurut kenyataan terkini daripada wakil Subaru (dipetik daripada laman Road & Track), adalah tidak masuk akal untuk Subaru terus menghasilkan model STI pada masa kini.

Pengarah Komunikasi Korporat Subaru, Dominick Infante berkata, "sekiranya kami membangunkan (STI baharu), ia bakal menjadi model yang paling singkat jangka hayatnya disebabkan perubahan peraturan emisi yang sangat pantas.

Walaupun Subaru kini sedang bekerjasama dengan Toyota untuk menawarkan lebih banyak kenderaan elektrik pada masa akan datang, ia tidak membawa maksud pengakhiran kepada subjenama STI yang ikonik itu.

"STI masih lagi wujud," tambah beliau dengan merujuk kepada pengenalan beberapa buah model konsep STI di acara Tokyo Auto Salon tahun ini, seperti STI E-RA, serta model BRZ, WRX S4 dan Levorg Performance STI.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi dimensi, Suzuki Jimny masih lagi membawakan ukuran yang sama seperti versi terdahulu,…
Berita Global
Untuk para peminat BMW mungkin satu berita yang cukup menyedihkan apabila laporan daripada…