Subaru Impreza 22B STi 1998 casis #156 dijual pada harga RM1.3 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Kenaikan harga terhadap model-model kereta sports Jepun bukanlah satu perkara yang baharu, apatah lagi jika kereta ini memiliki nilai sentimental yang tinggi, atau tampil dalam mana-mana perlumbaan atau rancangan animasi TV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Contoh yang paling terkini adalah Subaru Impreza 22B yang kini mencapai nilai setinggi $312,555 (RM1.29 juta) menerusi acara lelongan di Bring A Trailer.

Subaru Impreza 22B STi tahun 1998 itu merupakan unit casis #156 daripada 400 unit terhad yang dibina bagi meraikan ulang tahun ke-40 Subaru, serta meraikan kemenangan di dalam kategori pengeluar FIA World Rally Championship.

 


Unit yang ke-156 ini memiliki jarak perbatuan hanya 40,000 km dan dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat pada sekitar Julai 2020 sebagai unit pameran atau tontonan.

Seperti yang anda lihat, unit Subaru Impreza 22B STi ini menampilkan hud aluminium berventilasi dengan skup udara, lampu kabus, pengelap cermin belakang, emblem gril STi, lencana 22B STi pada bonet belakang, serta tip ekzos STi.

 


Ia juga turut hadir dengan rim aloi BBS bersaiz 17 inci dengan warna emas yang dibaluti tayar 235/40 Dunlop Direzza ZII, angkup brek merah STi, sistem suspensi talaan ProDrive dengan peredam Bilstein, gear stereng nisbah pantas, serta strut tower bar daripada gentian karbon.

Tempat duduk Recaro pula dibaluti fabrik hitam dengan kemasan biru dan jahitan merah, serta sulaman logo STi, sementara roda srereng balutan kulit pula turut dikemaskan dengan jahitan merah.

 


Subaru Impreza 22B STi didatangkan dengan enjin 2.2 liter EJ22G turbo yang ditala supaya menghasilkan 280 kuasa kuda @ 6,000 rpm dan daya kilas 363 Nm @ 3,200 rpm, dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Akhir sekali, Subaru Impreza 22B STi ini dilayangkan dalam warna World Rally Blue.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Salah satu barang panas itu ada di Amerika Syarikat, di mana model tahun 1990 yang masih lagi…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…