Stride Taxi mulakan operasi 15 unit pertama teksi elektrik MG5 di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Sejumlah 300 buah teksi elektrik yang dikendalikan oleh Strides Taxi (lebih dikenali sebagai SMRT Taxi) bakal menguasai jalanan Singapura menjelang akhir tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu acara yang berlangsung sebentar tadi, pihak Strides Taxi telah pun melancarkan kumpulan pertama teksi elektrik yang terdiri daripada 15 buah    MG5 EV.

Menurut syarikat itu lagi, jika dibandingkan dengan penggunaan kereta hibrid, kos pengecasan MG5 adalah lebih ekonomikal, dengan penjimatan sebanyak S$300 (RM926.45) sebulan.

Dengan 300 unit teksi elektrik yang dijangka beroperasi menjelang akhir tahun ini, Strides Mobility bakal menjadi penyedia perkhidmatan teksi elektrik dengan barisan armada terbesar di Singapura.

Langkah ini turut menyumbang kepada pengurangan jejak karbon secara keseluruhan yang dianggarkan sebanyak 20,000 tan setiap tahun.
 

MG5


MG5 EV didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 154 hp, dengan kelajuan maksimum 185 km/j dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 52.2 kWh yang membolehkan pemanduan sejauh sehingga 300 km untuk sekali cas penuh.

Sistem pengecasan pula membolehkan kapasiti bateri mencapai 80 peratus dalam tempoh 40 minit sahaja, menerusi 140 poin pengecasan di 80 lokasi di seluruh Singapura.

Sumber: CNA

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…