Stellantis terbit video "Peugeot: Buatan ASEAN"

oleh Mohamad Hanif|
Stellantis baru-baru ini menerbitkan sebuah video "Peugeot: Made in ASEAN" yang memperlihatkan bagaimana pengeluar itu serius dalam menjalankan operasi produksi setiap kenderaan untuk pasaran Asia Tenggara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam video tersebut, Stellantis memperincikan aspek pengeluaran, kualiti serta pengujian ketahanan di dalam kilang Stellantis di Gurun, Kedah bagi memastikan setiap kenderaan Peugeot mampu bertahan di bawah keadaan dinamik yang unik untuk rantau ini.
 

Peugeot


Menurut Jurutera Kualiti Produk Serantau, Stellantis Asia Tenggara, Mohd Yahya Mohd Edthir berkata, "kami menguji sendiri setiap senario yang bakal dihadapi oleh pelanggan di dalam produk kami.

"Setiap kenderaan telah pun dicuba dan diuji di atas lebuh raya, jalan urban dan suburban, trafik sesak, pemanduan mendaki dan menurun cerun, pemanduan agresif di selekoh, tidak kira siang ataupun malam, di dalam kereta yang kosong atau penuh dengan penumpang.

Setiap model Peugeot 2008, 3008 dan 5008 pemasangan tempatan perlu menjalani ujian ketahanan dan kualiti sejauh 500,000 km di atas jalan raya Malaysia.
 

Peugeot


Menurut Christophe Musy, Naib Presiden Kanan Stellantis ASEAN berkata, "Pemasangan tempatan di Malaysia adalah penting buat kami semasa kami mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini, supaya kami dapat membina lebih banyak kenderaan dan menawarkan lebih pilihan kepada pelanggan kami.

Untuk tahun 2021, Stellantis mencatatkan pertumbuhan yang kuat dengan peningkatan sebanyak 34 peratus jumlah jualan.

Ujarnya lagi, "kami mencapai rekod jualan dan pegangan pasaran pada tahun 2021, dan kami yakin mampu mencapai keputusan di luar jangkaan pada tahun ini.

"Lebih banyak pilihan, jaringan yang lebih luas dan pengeluaran yang kuat membolehkan kami membina perniagaan yang lebih mapan, dan dalam masa yang sama memastikan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran…
Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…