STELLANTIS HENTIKAN RATUSAN PEKERJA DI AMERIKA SYARIKAT

oleh Firdaus Razani|
Stellantis baru-baru ini dilaporkan memberhentikan kira-kira 400 pekerja di Amerika Syarikat dalam unit kejuruteraan, teknologi dan perisiannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tindakan itu berlaku adalah untuk mengurangkan kos ketika pembuat kereta itu menghadapi cabaran pasaran automotif ketika ini.

Stellantis pada hari Jumaat lalu berkata pemberhentian itu akan menjejaskan kira-kira dua peratus pekerja di unit tersebut untuk pelarasan yang lebih baik.

Menurut laporan Fox2Detroit, Stellantis enggan mengulas perkara itu, tetapi mereka mengeluarkan kenyataan yang mengatakan "tindakan ini akan menyelaraskan sumber dengan lebih baik sambil mengekalkan kemahiran kritikal yang diperlukan untuk melindungi kelebihan daya saing.

Sehingga akhir tahun lalu, Stellantis telah mengambil seramai 11,800 pekerja di Amerika Syarikat, namun pemberhentian sebilangan pekerja ini akan berkuat kuasa pada 31 Mac.

Tambahan itu, syarikat itu turut mengeluarkan satu kenyataan melalui e-mel, "Memandangkan industri auto terus menghadapi ketidaktentuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan tekanan persaingan yang meningkat di seluruh dunia.

“Stellantis terus membuat keputusan struktur yang sesuai di seluruh perusahaan untuk meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan struktur kos kami,"

Ketika ini, jurucakap pembuat kereta itu enggan membincangkan jumlah sebenar pekerja yang diberhentikan.

Namun menurut sumber mengenai perkara itu, ia mengesahkannya kira-kira 400 pekerja terkesan, jumlah itu merupakan yang pertama kali dilaporkan Jumaat oleh The Wall Street Journal.

Tindakan itu adalah yang terbaru oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis Carlos Tavares untuk mengurangkan kos melalui pemberhentian, pembelian dan kaedah lain.

Ia berlaku sejak syarikat itu ditubuhkan melalui penggabungan Fiat Chrysler dan pembuat kereta Perancis PSA Groupe pada 2021.

Pemotongan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mencapai pelan strategik "Dare Forward 2030" Stellantis yang bertujuan untuk meningkatkan keuntungan.

Ia turut menggandakan pendapatan pembuat kereta itu kepada 300 bilion euro, atau $335 bilion, antara sasaran lain pada masa itu.

Menurut Jeff Gilbert, seorang wartawan automotif untuk WWJ, pekerja berkemungkinan menjadi mangsa industri yang terperangkap di persimpangan jalan.

Selain Stellantis, Ford dan General Motors turut bergerak melalui peralihan, dan telah membuat langkah yang sama, katanya.

Bagaimanapun, Gilbert juga berkata tindakan itu tidak mencerminkan ekonomi automotif yang lebih luas.

"Tidak ada cakap-cakap tentang kemerosotan dalam ekonomi. Ini mengenai semua kos lain yang berkaitan dengan perkara seperti elektrifikasi, perkara seperti teknologi baharu,”katanya.

 

 

SUMBER LAPORAN : CNBC , FOX2Detroit

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Terkini, konglomerat automotif yang memiliki 14 jenama, Stellantis dilapor akan membelanjakan USD6…
Berita Domestik
Ia merupakan selepas tiga tahun sejak penubuhannya untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas…