Starlink terima lesen perkhidmatan di Malaysia, bakal sediakan kemudahan internet satelit

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan Twitter semalam telah mendedahkan bahawa dia telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam ciapan tersebut, Fahmi berkata, "Saya telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini."

"Ini sekaligus membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di Malaysia terutamanya di kawasan pedalaman."

Seperti yang diketahui, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan secara maya bersama pemilik Tesla yang juga pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk pada Jumaat lepas.

 

2

 

Pertemuan tersebut turut disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Pendedahan Fahmi Fadzil itu sekaligus menjawab persoalan mengenai satu lagi penglibatan perkhidmatan syarikat milik Elon Musk, iaitu Starlink yang merupakan syarikat penyedia internet dibangunkan oleh SpaceX.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar selepas pertemuan dengan Musk, beliau turut menyatakan perbincangan mengenai penyertaan SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink.

Anwar sebelum ini berkata, “Kami turut berbincang berkenaan penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink yang dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global."

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA)…
Berita Global
Menurut hantaran CHP - Antelope Valley, mereka menahan pemandu Prius itu setelah mendapati sesuatu…