SPRM tahan penjawat awam, disyaki terima rasuah kenderaan bernilai lebih RM90,000

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan telah menahan seorang pembantu tadbir kanan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM90,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber, suspek yang bertugas di sebuah agensi kerajaan tempatan negeri Terengganu disyaki menerima sebuah kenderaan bernilai lebih RM90,000 daripada seorang pemilik syarikat.

Pemberian rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi memastikan kerja-kerja pembekalan di agensi berkenaan dari 2017 hingga 2023 yang bernilai RM230,000 diperoleh syarikat berkenaan.

"Dalam operasi sama, SPRM turut menahan pemilik syarikat berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kedua-dua suspek lelaki yang berusia 50-an itu ditahan kira-kira 3 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

"Penjawat awam itu dikatakan menggunakan kenderaan terbabit sejak 2016 dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 

Sumber: Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber yang dihubungi oleh Careta pula menerangkan bahawa tawaran itu ialah khusus untuk model City…
Berita Domestik
Mohd Safiq Jamaluddin, 36, dalam perjalanan ke Hospital Rembau menghantar isterinya, Nor Anis Mohd…
Berita Domestik
Menurut laporan, lelaki berusia 27 tahun itu telah ditahan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini…