Spesifikasi SUV Perodua terdedah, nama rasmi Ativa, sistem bantuan pemanduan autonomi Tahap 2!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun lama selepas Perodua mengumumkan pembukaan tempahan serta harga jualan bagi model SUV terbaharu yang digelar sebagai D55L, timbul pula informasi baharu bagi menarik minat orang ramai untuk mendapatkan produk terbaharu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Maklumat ini tertiris dalam bentuk brosur produk yang mendedahkan nama sebenar, tagline, serta spesifikasi ringkas untuk setiap varian yang bakal ditawarkan kelak.
 

1. Nama


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, SUV Perodua baharu ini bakal bermula dari huruf 'A', dan nampaknya nama Ativa telah pun dipilih secara rasmi untuk Perodua D55L (mungkin kita dah boleh henti guna kod nama ini?).

Pengenalan nama baharu ini turut diserikan dengan tagline "Activate Every Destination", sesuai dengan sifat sebagai sebuah crossover yang boleh digunakan untuk ke mana jua destinasi yang dituju.
 

2. Enjin


Perodua Ativa bakal mendapat nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo (kod nama 1KR-VET) yang mampu menghasilkan 98 PS dan 140 Nm (spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky).

Difahamkan, enjin kecil ini mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 18.9 km untuk setiap liter bahan api yang diteguk (atau 5.29 liter untuk setiap 100 km).

Jimat, bukan?


3. Ciri moden


Sama seperti kembarnya Toyota Raize/Daihatsu Rocky, Perodua Ativa bakal menampilkan ciri-ciri moden seperti lampu utama LED dengan ciri Adaptive Driving Beam, kombinasi lampu LED untuk bahagian belakang, skrin MID TFT bersaiz tujuh inci, serta sistem infotainmen jenis terapung bersaiz sembilan inci.
 

4. Kelengkapan keselamatan moden


Sistem ASA atau Advanced Safety Assist yang dibawakan pada Perodua Ativa kini didatangkan standard untuk semua varian, yang merangkumi ciri seperti

  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW)
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB)  atau Brek kecemasan automatik (AEB)
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Salah-Operasi Pedal (PMC)

Selain daripada ciri ASA itu tadi, Perodua telah menambah beberapa ciri keselamatan untuk model Ativa, dan boleh dikatakan sebagai satu penanda aras buat kenderaan-kenderaan di dalam segmennya, dinamakan sebagai Perodua Smart Drive Assist.

Untuk varian paling asas (dengan harga RM62,000) anda sudah pun boleh mendapat ciri keselamatan seperti:

Driving Assist

  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Ciri Penghalang Keluar Laluan (LDP)

Parking Assist

  • Penderia sudut belakang

Headlamp Assist

  • Suluhan tinggi Automatik (AHB)

Keselamatan Pasif

  • Enam beg udara
  • ABS, EBD, Bantuan Brek
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan
  • Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
  • sistem ISOFIX

Sementara varian H pula mendapat kelengkapan tambahan seperti:

Parking Assist

  • Penderia Sudut Hadapan
  • Kamera Undur

Headlamp Assist

  • Lampu pemanduan adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB)

Untuk varian AV pula, ia menawarkan sistem pemanduan Autonomi Tahap Kedua yang menambah beberapa ciri penting seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Penghalang Keluar Laluan (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)


5. Harga

Kami simpulkan kembali spesifikasi beserta harga jualan untuk setiap varian.

Yang mana satu pilihan anda?

Perodua Ativa X 2021

  • Lampu depan LED dengan ciri Suluhan Tinggi Automatik
  • Lampu belakang kombinasi LED
  • Rim aloi bersaiz 16 inci
  • Penderia undur belakang
  • Enam beg udara, ABS, EBD, BA, ESS, HHA, ISOFIX
  • ASA - Amaran Pra-Pelanggaran (PCW), Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB), Amaran Pergerakan Hadapan (FDA), Kawalan Salah-Operasi Pedal (PMC)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW), Bantuan Kekal Laluan (LDP)
  • Harga anggaran RM62,500

Perodua Ativa H 2021
tambahan kepada ciri di atas

  • Lampu depan LED dengan ciri Suluhan Pemanduan Adaptif (ADB)
  • Rim bersaiz 17 inci
  • Kamera Undur
  • Penderia parkir hadapan
  • Skrin MID 7.0 inci
  • Skrin infotainmen 9.0 inci jenis terapung
  • Harga anggaran antara RM62,500 - RM73,400

Perodua Ativa AV 2021
tambahan kepada ciri di atas

  • Bantuan Kekal Laluan (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Harga anggaran RM73,400

Difahamkan, Perodua menawarkan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 150,000 km yang mana terdahulu.

Sumber brosur: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia membawakan nadi empat silinder sebaris aspirasi natural 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana…
Berita Global
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek kejadian…