BIMS 2023: Galeri gambar Honda WR-V 2023, bakal saingi Perodua Ativa

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara pameran Bangkok Internasional Motor Show 2023, Honda ada mempamerkan model SUV yang baharu sahaja dilancarkan di pasaran Thailand, iaitu Honda WR-V 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ia membawakan nadi empat silinder sebaris aspirasi natural 1.5 liter DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa 121 PS @ 6,600 rpm dan daya kilas 145 Nm @ 4,300 rpm.
 

WRV


Sistem transmisi pula adalah jenis CVT yang memacu roda hadapan sahaja.

Secara standard, WR-V pasaran Thailand mendapat ciri seperti lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, serta rim aloi bersaiz 16 inci.
 

WRV


Selain daripada itu, SUV ini didatangkan dengan skrin paparan TFT 4.2 inci, skrin Display Audio tujuh inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta tidak ketinggalan ciri keselamatan Honda SENSING yang dibekalkan secara standard.

Di Thailand, harga jualan Honda WR-V 2023 bermula dari 799,000 baht (RM103,473).
 

WRV


Berita baik, model WR-V ini merupakan antara tiga model serba baharu yang dijanjikan oleh Honda Malaysia untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Baca: Spesifikasi Honda WR-V 2023 (Thailand)

Baca: Empat model baharu yang bakal dilancarkan Honda Malaysia tahun ini

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Namun kali ini, kita bukan mahu bercerita tentang dua model tersebut, tetapi kita nak menceritakan…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Grand Prix International PCL, dan Pengerusi BIMS ke-45, Dr. Prachin…
Berita Global
Sama seperti varian Wildtrak X yang dilancarkan di Australia pada bulan lalu, Ranger Stormtrak ini…