SpaceX cipta sejarah hantar manusia ke stesen angkasa lepas

oleh Mohamad Hanif|
SpaceX hari ini mencipta sejarah apabila berjaya menghantar dua orang manusia semula ke angkasa menggunakan kapsul Crew Dragon melalui pusat pelancaran di Amerika Syarikat, dan bukan melalui Russia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, ia juga merupakan percubaan kali pertama SpaceX menerbangkan manusia ke angkasa, di mana sebelum ini roket Falcon 9 dan Falcon Heavy telah digunakan bagi menghantar muatan kargo ke orbit.

Melalui misi yang dinamakan sebagai Demo-2, angkasawan NASA, Doug Hurley dan Bob Behnken merupakan dua manusia pertama yang berjaya melakukan perjalanan ke angkasa menerusi syarikat penerbangan swasta setelah percubaan pada Rabu lepas tidak berjaya akibat masalah cuaca.

NASA mencipta program angkasa Commercial Crew, di mana dua syarikat berjaya mendapatkan kontrak di bawah program baharu tersebut iaitu SpaceX dan Boeing.

Ini bermakna, NASA selepas ini tidak perlu lagi bergantung kepada Roscosmos dan Soyuz Russia bagi mengangkut angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas (ISS), selain mampu menjimatkan lebih daripada $30 juta untuk setiap perjalanan angkasawan ke sana.

Dengan kejayaan yang dicapai oleh SpaceX, mungkin selepas ini kita akan melihat lebih banyak misi penerbangan manusia ke stesen angkasa lepas semenjak program Space Shuttle ditamatkan pada tahun 2011.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam ucapan di United Nations General Assembly (UNGA)…
Berita Global
Sembilan unit satelit pertama GeeSAT-1 itu dilancarkan daripada Pusat Pelancaran Satelit Xichang,…
Berita Global
Sejak daripada itu, Tesla Roadster telah pun bergerak sejauh 3,202,452,124 km di angkasa lepas dan…