Sonata pamer kelebihan platform generasi ketiga Hyundai - lebih ringan, jimat bahan api, pemanduan lebih jitu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Motor minggu lalu mengumumkan model Hyundai Sonata generasi terbaharu yang dibangunkan menggunakan platform kenderaan generasi ketiga syarikat tersebut yang akan mula dijual bulan ini. 

Platform terbaharu itu dikatakan dapat menambah baik aspek yang ditawarkan oleh Sonata supaya lebih berdaya saing di dalam segmennya yang tersendiri. 

Dengan platform serba baharu itu, Hyundai Sonata kini lebih ringan serta menawarkan kadar penjimatan bahan api tanpa mengorbankan kekuatan serta ketahanan badan. 

Dengan elemen utama yang diperkukuh daripada platform terdahulu, Hyundai Sonata kini memberikan impresi rekaan yang lebih stabil, sporty, bergaya serta titik graviti yang lebih rendah. 
 


Hyundai juga turut menambah baik aspek keselamatan terutama ketika pelanggaran, terima kasih kepada teknologi Hot Stamping dan penggunaan plet keluli bertegangan tinggi yang mampu menyerap tenaga pelanggaran sekaligus meminimakan kesan tersebut kepada kabin. 

Penggunaan teknologi Hot Stamping ini juga mampu mengelakkan deformasi ruang penumpang sekaligus meningkatkan tahap keselamatan. 

Dengan adanya platform baharu, Hyundai Sonata juga dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi kuasa serta prestasi pemanduan dengan enjin generasi baharu Smartstream Powertrain.

Sistem kawalan aliran udara yang terdapat pada platform ini mampu meningkatkan kadar aliran udara pada ruang enjin, memaksimumkan kadar pelepasan haba, sekaligus meningkatkan kadar kestabilan pada bahagian bawah kenderaan dan meniminumkan rintangan udara. 
 


Dengan pengurangan berat dan titik graviti yang lebih rendah, Hyundai Sonata mampu mencapai kestabilan pemanduan, membolehkan pengendalian yang lebih jitu. 

Kadar kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) turut ditambah baik dengan penggunaan sistem penyerap bunyi pada bahagian yang sensitif. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…