Sokongan Padu RCB Untuk Damok di MotoGP Malaysia

oleh Penyumbang Rencana 2|
Jenama terulung RCB yang merupakan produk-produk sokongan prestasi motosikal keluaran MKA Group menjanjikan sokongan padu kepada pelumba muda negara, Syarifuddin Azman a.k.a Damok.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Beliau akan membuat penampilan di PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2022, yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini.

Janji ini dikatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MKA, Encik Bruce Lee Cong Quan, yang turut mengajak para peminat sukan lumba motosikal seluruh negara untuk bersama-sama dalam misi berkenaan; dengan turun beramai-beramai di Sepang. Ini bagi membakar lagi semangat Damok untuk mencatat keputusan cemerlang pada penampilannya atas tiket ‘wildcard’ dalam kelas Moto3.

Damok yang kini berusia 21 tahun dan bersaing dalam Kejuaraan JuniorGP Dunia, mencatat keputusan memberangsangkan pada kejuaraan berkenaan dengan meletakkan dirinya di kalangan para pelumba utama termasuk mencatat tiga keputusan podium musim ini. Setakat ini dia sudah mengumpul 107 mata dan menduduki tempat ketiga keseluruhan.
 

damok


SIC Racing dan Damok Serta RCB turut menyokong para pelumba tempatan bersaing di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah dalam Kejuaraan Superbike Dunia dan Kasma Daniel Kasmayudin, yang bersaing dalam siri Asia Road Racing Championship dan Kejuaaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS.

Bersempena kejohanan PETRONAS GRAND PRIX OF MALAYSIA 2022, RCB akan mempunyai booth pameran di kawasan pengunjung mall area di SIC yang bermula pada hari Jumaat, 21 Oktober 2022 untuk memperagakan pelbagai produk produk keluaran Kumpulan MKA untuk memeriahkan suasana di Sepang. 

“Seperti rakyat Malaysia lain, RCB amat berbangga dengan peluang yang dianugerahkan kepada Damok untuk beraksi di Sepang. RCB cukup berbangga kerana berpeluang untuk menyokong seorang pelumba muda berbakat tinggi. RCB mengiktiraf potensi Damok dan yakin beliau akan terus berkembang maju dalam karier beliau,” kata Lee pada majlis menandatangani kontrak penajaan bersama Damok dari pasukan SIC Racing.
 

Damok


“Kami akur bahawa saingan Moto3 dunia ini adalah cukup sengit dan kompetif. Namun, RCB yakin dengan sokongan padu yang diberikan oleh kami dan puluhan ribu penyokong tempatan di Sepang, Damok mampu membuat keajaiban dan membanggakan kita semua.

“Kami di RCB amat gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh Damok dalam kejuaraan dunia ini dan perkembangan dalam sukan lumba motosikal. RCB, sebenarnya, telah sekian lama bekerjasama dan bergading bahu dengan pasukan-pasukan lumba motosikal terulung dalam kejuaraan dunia MotoGP, Moto2, Moto3, WSBK bagi memantapkan lagi usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka demi perkembangan sukan dan industri ini. 

“Pasukan-pasukan ini dan para pelumba adalah aset penting kepada kami kerana mereka menyediakan maklumbalas organik untuk produk-produk kami, peluang-peluang pembaikan, pemantapan dan peningkatan taraf. Selain pasukan SIC Racing dan Damok, RCB turut menyokong para pelumba tempatan bersaing di pentas antarabangsa seperti Hafizh Syahrin Abdullah dalam Kejuaraan Superbike Dunia dan Kasma Daniel Kasmayudin, yang bersaing dalam siri Asia Road Racing Championship dan Kejuaaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS,” tambah Lee.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ini merupakan kali pertama PETRONAS menjadi penaja utama penganjuran GP Malaysia selepas mencapai…
MotorGP
Ini kerana menurut Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali…