Slot MotoGP untuk Damok musim hadapan - Prinsipal PETRONAS SRT

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya akan ada sinar baharu buat pelumba negara beraksi di dalam Kejuaraan Motosikal Sedunia (MotoGP)
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana menurut Prinsipal pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali dikatakan bersedia mengotakan janjinya untuk memberi slot kepada pelumba negara musim hadapan.

Berdasarkan laporan Kosmo, Razlan amat teruja melihat prestasi pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali dengan Damok mengharumkan dunia menerusi saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunyam baru-baru ini.

Bermula dari petak ke-10, Damok melakukan kejuatan dengan muncul sebagai juara dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

“Bagi saya, Damok sudah matang dari segi tunggangannya selepas dua tahun ber­saing dalam perlumbaan CEV. Dia juga berada dalam pasukan yang bagus dan turut berjaya meletakkan diri di posisi yang tepat pada perlumbaan itu.

“Apa yang dipamerkan pada perlumbaan ini, Damok begitu baik mengawal jentera dan bersabar sebelum menunggu peluang untuk muncul juara. Ini adalah hasil yang baik dipamerkan Damok bersaing dalam saingan kompetitif seperti ini.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, bila mereka mempamerkan keputusan baik sudah pasti peluang mereka untuk menyertai ke SRT amat cerah. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah keutamaan pasukan.

“Semua tahu saingan di CEV adalah perlumbaan yang kompetitif. Jadi, peluang Damok ke Moto3 bersama SRT amat cerah dan saya harap dia terus berdisiplin meneruskan aksi terbaik seperti ini sehingga akhir musim,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…