Socar tawarkan promosi istimewa kepada rakan penghantaran e-dagang

oleh SALINA JALIL|
Aplikasi perkongsian kereta di Malaysia, Socar Malaysia (Socar) bekerjasama dengan rakan penghantaran e-dagang terdiri daripada Teleport, MrSpeedy, Lalamove dan Pickupp bagi membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat penularan koronavirus (Covid-19).


Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong berkata, inisiatif berkenaan sejajar dengan visi Socar yang memperjuangkan kemajuan melalui kerjasama dengan perniagaan dan pihak berkepentingan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

“Socar memperkenalkan tawaran istimewa untuk Perodua Axia, Perodua Bezza, Perodua Myvi, Proton Iriz dan Kia Picanto hasil kerjasama mereka dengan Teleport di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.

 

“Untuk mendapatkan promosi istimewa ini, pengguna pertama sekali perlu mendaftar untuk menjadi rakan penghantaran dengan Teleport,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

 

Foong berkata, kerjasama dengan MrSpeedy membolehkan rakyat Malaysia menerima bungkusan dan membuat penghantaran dengan mudah.

 

“Socar turut memperkenalkan tawaran eksklusif untuk Lalamove dan Pickupp yang membolehkan pelanggan memilih 12 model kereta yang berbeza iaitu Perodua Axia, Honda City, Honda Jazz, Honda BR-V, Toyota Vios, Toyota Rush, Perodua Myvi, Perodua Bezza, Perodua Alza, Proton Iriz, Volkswagen Polo dan Kia Picanto,” katanya.

 

Menurutnya, Socar juga merupakan pilihan terbaik kepada penyedia perkhidmatan penghantaran bebas makanan atau barang pada musim hujan.

 

“Idea ini tercetus selepas melihat penunggang motosikal, termasuk ejen penghantaran berteduh di bawah jejambat kerana hujan. Dengan Socar, kami tidak mahu hujan menjadi penghalang kepada usaha barisan hadapan kita yang cekal bertugas,” katanya.

 

Beliau berkata, semua pengguna yang menempah Socar layak mendapat petrol percuma untuk 20 kilometer (km) perjalanan bagi setiap jam ditempah.

 

Bagaimanapun, jelasnya tawaran berkenaan dihadkan kepada 240km untuk tempahan selama 12 jam.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama Socar dengan Teleport, MrSpeedy, Lalamove atau Pickupp dan untuk mendapatkan bantuan lanjut, sila hubungi talian perkhidmatan pelanggan atau e-mel yang disenaraikan di bawah:


● Teleport - pengguna perlu menghantar e-mel kepada [email protected]
● MrSpeedy - 03-2788 3797 / 03-2724 7117
● Lalamove - 017-800 9518
● Pickupp - pengguna perlu menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan melalui fungsi
live chat


Untuk menggunakan Socar, sila muat turun aplikasi berkenaan di Google Play Store atau Apple App Store atau ikuti laman Facebook Socar bagi mendapatkan maklumat terkini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km,…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…