SOCAR sambut kejayaan separuh tahun 2023 dengan pencapaian jarak dan anugerah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penyedia platform sewa dan kongsi kereta, SOCAR sambut separuh tahun 2023 dengan pencapaian matlamat untuk mengutamakan pelanggan dan berkembang, di samping terus menginovasi penyelesaian mobiliti di Malaysia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Setakat Jun 2023, barisan kereta SOCAR berjaya meliputi jarak perjalanan sejauh 15.3 juta km, dimana jarak itu mampu untuk mengelilingi bumi sebanyak 384 kali.

Jarak perjalanan itu mencerminkan perkembangan pengguna ke arahkemudahan dan fleksibiliti perkhidmatan perkongsian kereta.

Selain pencapaian jarak perjalanan yang mengagumkan, SOCAR tahun ini turut diiktiraf sebagai peneraju untuk platform perkongsian kereta pasaran Asia Tenggara, dengan menerima anugerah Frost & Sullivan Market Leadership Award 2023.

Meluaskan lagi capaian perkhidmatannya, barisan penawaran kereta SOCAR kini dikemas kini dengan 150 unit kereta tempatan, seperti Perodua Bezza, Axia dan Myvi.

Dalam langkah meletakkan platform perkongsian kerete ke seluruh Malaysia, anak syarikat SOCAR, iaitu TREVO akan melebarkan sayapnya ke Timur tanah air.

Pengembangan strategik itu memanfaatkan pasaran di Timur yang menumpukan kedua-dua penduduk dan pelawat, dan mempamerkan komitmen syarikat bagi meningkatkan akses mobiliti untuk semua rakyat Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, aplikasi perkongsian kereta SOCAR dan jenama saudara mereka TREVO, Pasaran Perkongsian…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…
Informasi
  Semasa pandemik ini, semua rakyat Malaysia telah melihat usaha gigih PDRM, dan ada di antara…