smart Malaysia raikan hari ke-100 pelancaran smart #1 di pasaran Malaysia

oleh Firdaus Razani|
smart Malaysia dengan bangganya baharu sahaja meraikan 100 hari pelancaran smart #1 di pasaran Malaysia pada 29 Februari 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah acara khas yang dirancang bertujuan untuk mendalami pemahaman dan pengalaman dalam memiliki smart #1.

Acara tersebut merangkumi perincian jaminan kereta, ciri-ciri produk, ekosistem pengecasan, dan pengalaman pemilik, yang telah membina landasan yang kukuh bagi penglibatan masa depan dalam memperkuatkan komuniti smart.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan akses kepada kemudahan soalan lazim dan mendapatkan jawapan dengan cepat dan mudah, melalui platform Aplikasi Hello smart yang telah dikemas kini.

smart Malaysia juga akan memperkenalkan lebih banyak acara pada masa akan datang, termasuk pengalaman ujian memandu untuk pemilik dan peminat smart, bagi merasai pemanduan dinamik smart #1.

Pada tahun 2023 juga melihat pertumbuhan rangkaian pengedar dari 10 cawangan kepada 13 cawangan pengedar smart, ia termasuk penubuhan pusat pertama di Malaysia Timur.

 

smart

 

Model smart #1 BRABUS kini terus kekal sebagai pilihan utama di kalangan pelanggan serta menunjukkan daya tarikan yang konsisten dan prestasi yang unggul.

smart Malaysia berkomitmen untuk memperluas infrastruktur pengecasan dan menjalin kerjasama dalam menangani permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara.

Kini, dengan 70 peratus data stesen pengecasan telah disepadukan ke dalam aplikasi Hello smart, pemilik boleh menjangkakan liputan yang lebih luas melalui kerjasama dengan pihak utama dalam ekosistem EV.

Tambahan itu, kerjasama tersebut akan memudahkan akses kepada kemudahan pengecasan di seluruh negara, seterusnya menyokong penggunaan EV.

Selain itu, melalui aplikasi terkini juga, ia memudahkan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecas kenderaan mereka atau membeli data internet dalam kenderaan secara langsung melalui aplikasi.

smart Malaysia turut melancarkan video terbaru di Facebook, Instagram, dan TikTok, yang menawarkan pandangan dalaman sehari dalam kehidupan Pakar Jualan smart.

 

smart

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…
Berita Domestik
Oleh kerana itu, smart Malaysia berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa apabila sebanyak 200 unit…