smart Malaysia lancarkan Aplikasi ‘Hello smart’, kemudahan akses untuk pemilik smart

oleh Firdaus Razani|
Sejak smart #1 dilancarkan di Malaysia pada November tahun lalu, rata-rata pengguna amat memberi respon yang amat positif dan berpuas hati dengan teknologi canggih yang ada pada smart #1 itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana itu, smart Malaysia berjaya mencatatkan kejayaan luar biasa apabila sebanyak 200 unit smart #1 telah didaftarkan.

Pada tahun ini, smart Malaysia baru sahaja mengumumkan satu penambahbaikan untuk kemudahan pengguna smart dengan Aplikasi Hello smart.

Aplikasi tersebut kini dapat memudahkan pembayaran dengan kad debit atau kredit, membolehkan pemilik membayar dan mengecaj kenderaan mereka, atau membeli data internet dalam kereta secara langsung melalui aplikasi itu pada harga 1GB untuk RM8, 3GB untuk RM21, dan 5GB untuk RM30.

 

smart

 

Pengguna smart tidak perlu risau tentang jarak perjalanan kenderaan elektrik (EV) mereka kerana melalui Hello smart ini, ia mempunyai peta pengecasan terintegrasi yang memberikan akses kepada 70 peratus stesen pengecasan awam di seluruh negara.

Oleh itu, pengguna dapat merancang dengan mudah perjalanan mereka dengan stesen pengecas yang tersedia sepanjang laluan.

Selain itu, aplikasi ini juga memudahkan proses permohonan pinjaman, menetapkan piawai baharu untuk pemilikan EV yang lebih mudah diakses.

Untuk menikmati ciri-ciri unik ini, muat turun Aplikasi Hello smart di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery untuk mengalami ciri-ciri yang dipertingkatkan itu secara langsung.

 

smart

 

Tambahan itu, smart Malaysia turut memperkenalkan peluang eksklusif untuk mengalami keseronokan memandu smart #1 dengan memenuhi impian perjalanan melalui percutian yang ditanggung sepenuhnya melalui peraduan media sosial ‘The Lóng龙 Drive’.

Peserta peraduan turut berpeluang memenangi hadiah menarik lain, termasuk TnG e-wallet bernilai sehingga RM200 dan paket Angpao smart Edisi Terhad.

 

smart

 

Untuk penyertaan, hanya perlu berkongsi destinasi tempatan impian anda secara kreatif di bahagian komen peraduan Facebook atau Instagram The Lóng龙 Drive.

Untuk maklumat terperinci mengenai peraduan, sila layari laman Facebook dan Instagram smart Malaysia atau kunjungi Aplikasi Hello smart.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Promosi eksklusif ini menawarkan peluang untuk menikmati penjimatan luar biasa apabila membeli…
Berita Domestik
Dalam tempoh 100 hari pertama itu, smart Malaysia telah menganjurkan smart Tech Insight Day, sebuah…
Berita Global
smart HY11 dijangkakan akan memasuki pasaran China dalam tahun ini, dan minivan tersebut akan…