smart #3 telah mendapat penghargaan antarabangsa dengan memenangi kedua-dua Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot.
Hal ini, menjadi bukti kepada kualiti reka bentuk yang luar biasa dan inovasi yang canggih direka oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.
Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.
Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.
smart #3 memperkenalkan tiga varian yang menarik iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.
Varian BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang mampu mengecas bateri dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam masa kurang dari tiga jam.
Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.
smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NCM 66kWj.
Ia dilengkapi dengan motor yang memacu roda belakang dengan kuasa output 268hp dan kuasa tork sehingga 343Nm, yang memberikan jarak gerak WLTP sehingga 455km.
Manakala untuk versi prestasi, smart #3 BRABUS, ia dilengkapi dengan kuasa pemanduan dwi-motor yang memacu keempat-empat roda (AWD) dengan kuasa output sehingga 422hp dan 543Nm tork.
Dengan trenkuasa dan pek bateri 66kwj, ia mampu memberikan jarak gerak WLTP sehingga 415km.
Tambahan itu, berbeza dengan varian lain, smart #3 BRABUS tampil dengan ciri mod istimewa iaitu Rocket Launch yang mampu memecutkan kenderaan dari 0-100km/j hanya dalam masa 3.7saat.
Tempahan untuk model smart #3 terbaharu boleh dibuat di pengedar rasmi smart seluruh negara ataupun melalui aplikasi Hello smart di peranti mudah alih.