smart #1, EV untuk pelbagai jenis pelanggan, premium dan canggih!

oleh Muhammad Md Tajudin|
smart #1 BRABUS
smart #1 BRABUS
Selepas berbulan hebahan di media, smart #1 (hashtag one) akhirnya dilancarkan pada 21 November.

Strategi yang digunakan dilihat menjadi apabila tempahan smart #1 telah mencecah 1,000 unit setakat 7 Disember.

Satu jumlah yang tinggi memandangkan smart #1 dilancarkan pada hujung tahun dan sebuah kenderaan elektrik (EV) dalam segmen premium.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
smart #1 2023

 

smart sekarang ini berada di bawah pemilikan Geely dan Mercedes-Benz. Kedua-dua syarikat menggunakan kepakaran masing-masing dalam membangunkan smart #1.

Berada di bawah Geely juga bermakna PROTON sebagai jenama kenderaan kebangsaan turut menerima manfaat melalui Pro-Net.

Subsidiari PROTON itu dilantik sebagai pengedar smart di pasaran tempatan dan Thailand.

Pakej menarik berharga ribuan ringgit

smart #1 Pro 2023

Memahami selok-belok pasaran dan pengguna tempatan, tidak menghairankan smart #1 dilancar dengan pakej yang amat baik.

Pelanggan yang menempah sebelum 31 Disember menerima aksesori bernilai RM2,000, data 60GB selama lima tahun dan pengecas smartCharger berharga RM3,200.

Seperti yang dikatakan di awal tadi, smart #1 merupakan hasil kerjasama di antara Geely dan Mercedes-Benz.

Reka bentuk smart #1 jelas dipengaruhi Mercedes-Benz terutama sekali lampu belakang yang mirip model elektrik jenama Jerman itu.

Reka bentuk Mercedes-Benz, pelantar Geely

smart #1 BRABUS 2023

Berbekalkan reka bentuk dari Mercedes-Benz, smart #1 dibangunkan dari pelantar Sustainable Electric Architecture 2 (SEA2) buatan Geely.

Pelantar itu juga disesuaikan untuk model global seperti Zeekr X dan Volvo EX30.

Pelantar asas iaitu Sustainable Electric Architecture (SEA) digunakan secara meluas oleh ahli kumpulan Geely seperti Volvo, Zeekr, Polestar termasuk jenama berprestsi Lotus.

smart #1 dibahagikan kepada tiga varian dengan teknologi elektrik berikut:

1. smart #1 Pro

smart #1 Pro 2023
  • Motor elektrik belakang (RWD)
  • Kuasa 272 ps (200kW), tork 343Nm
  • 0 - 100 km/j dalam masa 6.7 saat
  • Kelajuan maksimum 180 km/j
  • Bateri litium LFP 49 kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 315 km (WLTP)

2. smart #1 Premium

smart #1 Premium 2023
  • Motor elektrik, kuasa dan pecutan dan kelajuan seperti smart #1 Pro
  • Bateri NMC 66 kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 440 km (WLTP)

3. smart #1 Brabus

smart #1 BRABUS 2023
  • Motor elektrik depan dan belakang (pacuan semua roda/AWD)
  • Kuasa 428 ps (315kW), tork 543Nm
  • 0 - 100 km/j dalam masa 3.9 saat
  • Kelajuan maksimum 180 km/j
  • Bateri NMC 66 kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 400 km (WLTP)

Ketiga-tiga varian mempunyai perbezaan dari segi perkakasan dan prestasi pengecasan seperti berikut:

smart #1 Pro

  • Pengecas terbina dalam (onboard) 7.2 kW
  • Tempoh pengecasan AC (10% - 80%) sekitar 6 jam
  • Tempoh pengecasan pantas DC 150 kW (10% - 80%) sekitar 22 minit

smart #1 Premium dan Brabus

  • Pengecas terbina dalam (onboard) 22 kW
  • Tempoh pengecasan AC (10% - 80%) sekitar 3 jam
  • Tempoh pengecasan pantas DC 150 kW (10% - 80%) sekitar 29 minit

Sekiranya berminat dan tidak tahu hendak pilih mana satu, penulis sarankan untuk anda senaraikan dulu keutamaan pembelian.

 

smart #1 Premium 2023

 

Sebagai contoh jenis kegunaan, jarak pemanduan harian dan peruntukan kewangan.

Untuk kegunaan biasa atau harian, smart #1 Pro sudah memadai dan ditawarkan pada harga cukup menarik.

smart #1 Premium pula untuk pelanggan yang kerap memandu jauh manakala Smart #1 Premium khusus buat pengggemar prestasi.

Berikut senarai harga smart #1:

  • smart #1 Pro: RM189,000
  • smart #1 Premium: RM219,000
  • smart #1 Brabus: RM249,000

Aplikasi Hello smart

Hello smart app 2023

Satu perkara menarik tentang EV ialah teknologi terhubung seperti penetapan, keselamatan dan kemas kini dalam talian.

Aplikasi telefon pintar Hello smart pula ibarat satu hab yang menyediakan khidmat dari A sampai Z.

Antara muka aplikasi Hello smart dibahagikan kepada empat bahagian dan menu berikut:

Discover

  • Berita dan acara terkini, saluran komuniti
  • eBrosur

Vehicle

  • Tetapan kenderaan
  • Status bateri dan pengecasan
  • Lokasi
  • Tempahan penyelenggaraan
  • Pemeriksaan bayaran bulanan
  • Permohonan pembiayaan

eMall

  • Kedai maya dengan pelbagai barangan dan aksesori rasmi
  • Mata ganjaran yang boleh ditebus

Profile

  • Rangkuman fungsi aplikasi dengan pilihan tetapan peribadi

Charging Map

Hello smart app 2023
  • Lokasi pengecasan dengan maklumat masa nyata (real-time) termasuk status kesediaan pengecas
  • 70 peratus lokasi pengecasan awam
  • Pengguna tidak perlu memuat turun dan menggunakan pelbagai aplikasi pengecas

One-Stop Service Home Charging Solution

  • Proses pembelian, pemasangan, penjadualan tarikh pengecas smartCharge Home

Intelligent Head Unit (DHU) canggih

 

smart #1 Premium 2023

 

Satu lagi ciri canggih pada smart #1 ialah skrin sentuh 12.8 inci dan Intelligent Head Unit (IHU) yang menjadi pusat kawalan kenderaan.

IHU smart #1 dibangunkan ECARX dan dimulakan semasa fasa pembangunan kereta itu pada tahun 2019 lagi.

Sistem operasi yang dipanggil smart OS dan turut dibangunkan bersama smart tampil dengan pelbagai ciri menarik.

Watak utama IHU ialah seekor musang digital yang bertugas sebagai pembantu maya dan menggunakan konsep reka bentuk Inspiring Planet.

 

smart #1 2023

 

smart OS mempunyai fungsi seperti pengecaman suara pelbagai konteks, akses dan muat turun aplikasi utama.

Menu pada skrin membolehkan pemandu membuat pelbagai tetapan kereta dan maklumat hibur.

Ikon pintasan membolehkan pemandu mengakses fungsi yang kerap digunakan.

Skrin pisah (split) pula membantu pemandu dengan memaparkan maklumat navigasi dan kawalan media secara serentak.

 

smart #1 2023

 

Skrin timbul (pop up) dengan pandangan kamera akan diaktifkan di dalam beberapa status pemanduan.

Sistem itu juga bukan jenis tertutup dan sebagai EV antarabangsa boleh dihubungkan bersama Android Auto dan Apple CarPlay.

Sistem digital smart #1 dioperasikan oleh Snapdragon® Cockpit Platforms daripada Qualcomm Technologies.

Khidmat selepas jualan

 

smart charger 2023

 

Menggunakan kenderaan dengan teknologi baharu adalah penting untuk memastikan sebuah jenama mempunyai khidmat selepas jualan yang bagus.

smart #1 didatangkan bersama jaminan berikut:

  • 4 tahun dan tanpa had perbatuan untuk kenderaan
  • 8 tahun atau 200,000 km untuk bateri EV
  • 8 tahun atau 150,000 km untuk komponen voltan tinggi
  • 2 tahun dan tanpa had perbatuan untuk alat ganti
  • 2 tahun bantuan tepi jalan 24/7

Untuk pengguna yang berminat terdapat sepuluh pengedar smart dan jumlah itu bakal ditambah pada masa akan datang.

 

smart charger 2023

 

Selain itu, smart juga giat menambah pusat pengecasan dan turut bekerjasama dengan syarikat pengecasan ketiga.

Pusat pengurusan bateri oleh Amtel juga sudah tersedia.

Senarai perkakasan kenderaan elektrik yang perlu diselenggara tidak sebanyak kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Namun, ketersedian pengedar memainkan peranan penting sekiranya pemilik mempunyai masalah atau membuat tuntutan jaminan.

 

smart charger 2023

 

Pembelian smart #1 bukan sekadar urusan jual beli semata tetapi menawarkan satu pengalaman pemilikan baharu.

Melalui pakej dan khidmat jualan yang ditawarkan boleh dilihat usaha Pro-Net dalam menjalinkan hubungan dengan pelanggan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

smart #1 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…