smart #1 dilancarkan secara rasmi di China, harga dari RM126k

oleh Mohamad Hanif|
Crossover elektrik berjenama smart, #1 kini sudah pun rasmi dilancarkan di China, dan tempahan juga sudah pun dibuka kepada pihak yang berminat untuk mendapatkan model EV tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk pasaran China, terdapat dua pilihan trim ditawarkan, iaitu Pro+ dan juga Premium.

Kedua-dua varian didatangkan standard dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 264 hp dan daya kilas 343 Nm.

Pek bateri pula adalah berkapasiti 66 kWh dengan jarak operasi sejauh 535 km mengikut data CLTC (atau 420 km mengikut data WLTP).
 

Smart


Sementara varian Premium pula menampilkan teknologi silikon karbida pada motor elektrik yang membolehkan jarak operasi yang lebih jauh, iaitu 560 km (atau 440 km mengikut data WLTP).

Selain daripada itu, kedua-dua varian didatangkan dengan skrin bersaiz 12.8 inci, skrin kluster digital 9.2 inci, paparan head up, pengecasan pantas DC 150 kW, serta sistem ADAS smart Pilot yang menawarkan keupayaan swapandu Tahap 2.

Harga jualan smart #1 bermula dari 190,000 yuan (RM126,120) sehingga 230,000 yuan (RM152,671) untuk varian Premium, di mana penghantaran unit pertama akan dibuat menjelang suku ketiga tahun ini.
 

Smart


Produksi smart #1 akan mengambil tempat di kilang baharu Geely yang terletak di Xian.

Sebagai info, smart #1 juga akan dibawa masuk secara rasmi oleh Proton Edar untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Dengan strategi harga yang bersesuaian, ia dilihat mampu memberikan saingan secara terus kepada pesaing-pesaing model EV yang ada di pasaran.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
smart #1 telah mengukuhkan kedudukannya di kedudukan ke-3 dalam kategori SUV EV untuk harga kereta…
Informasi
smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina di atas Seni Bina Elektrik…
Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…