Skuter Elektrik NIU pilih Pulau Pinang sebagai pusat jualan pertama (RM8,800)

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama skuter elektrik dari China, NIU International telah membuka dewan pameran mereka yang pertama di Plaza Gurney di Pulau Pinang.
 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

NIU N-Series yang seberat 95 kg ini menggunakan motor elektrik 1.5 kW dari Bosch dan bateri 29 Ah dari Panasonic, menghasilkan 2,300 Watts dan 120 Nm.
 

 

Bateri seberat 10 kg tersebut boleh dikeluarkan dari skuter itu untuk dicaj di dalam rumah (enam jam untuk caj penuh). Satu caj penuh boleh membawa NIU ini sejauh 80 km. 

Skuter NIU ini menggunakan roda 12-inci dengan brek cakera depan dan belakang. Penggunaan aloi-aloi komposit daluminium dan titanium digunakan untuk lengan ayun belakang agar berat dikurangkan.

 

 

Canggih ialah ia boleh disambungkan dengan telefon pintar anda untuk mencari lokasi stesen pengecaj, sistem navigasi, tahap bateri dan juga penggera.

Lampu-lampu LED dan meter LCD menambahkan lagi kecanggihan skuter comel ini. 

Careta pernah melihat NIU ini semasa pameran motosikal EICMA di Milan, Itali dan ternyata produk dari syarikat Jiangsu Niu Electric Technology ini mempunyai teknologi terkini dan kualiti yang sangat tinggi.

NIU boleh didaftarkan untuk penggunaan di jalanraya tetapi dengan kelajuan maksmimum yang dibataskan kepada 55 kmsj, ia lebih selamat digunakan di jalan-jalan kawasan perumahan atau di sekitar kawasan pejabat dan pusat membeli-belah. 

Harga jualan ialah RM8,800. NIU bercadang akan membuka dewan pameran di lokasi lain dalam masa terdekat nanti.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…