Honda Skuterama Edisi ke-2 di KTCC Mall, 14-17 September ini

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengumumkan acara Honda Skuterama Edis 2 bakal berlangsung di Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall) bermula 14 hingga 17 September ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan, sesi mewarna untuk kanak-kanak, sudut MotoGP PS5, cabaran "Cari Beza", serta simulator pemanduan realistik.

Pengunjung juga boleh berkongsi momen istimewa mereka di sudut "Dinding Bersama Honda", selain berpeluang untuk mendapatkan hadiah eksklusif daripada kru Honda di sana.

CEO Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase berkata, "Kami sangat gembira dengan respons luar biasa yang kami terima untuk Edisi Pertama Honda Skuterama.

"Edisi 2 menjanjikan acara yang lebih mengasyikkan lagi, penuh dengan peluang bagi pelanggan kami untuk terlibat dengan jenama kami dan mengalami yang terbaik daripada apa yang Honda tawarkan.

"Gelaran Skuter Terlaris yang dianugerahkan memberi kami lebih banyak motivasi untuk menyediakan skuter berkualiti tinggi untuk generasi akan datang."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Boon Siew Honda bakal menganjurkan Honda Skuterama Edisi…