Skuter elektrik Honda, Benly e akan berada di pasaran Jepun pada April 2020

oleh SALINA JALIL|
Honda mengumumkan akan menjual skuter elektrik Benly e pada bulan April 2020 untuk pasaran Jepun sahaja. Benly e ini telah diperkenalkan oleh Honda di Tokyo Motor Show 2019 beberapa bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Skuter Honda ini adalah khas untuk  perkhidmatan penghantaran sahaja dan didatangkan dengan satu tempat duduk sahaja. Pengeluarannya juga dihadkan kepada 200 unit sahaja setahun.

 

Di antara kelengkapan yang ada ialah dek rata pada bahagian depan dan belakang skuter supaya mudah untuk memuatkan barang hantaran.

 

Bagi memudahkan kerja, skuter ini mempunyai fungsi bantuan mengundur yang berguna di ruang sempit dan permukaan mendaki.

 

Model ini memiliki panjang 1.820 mm, lebar 710 mm dan tinggi 1.025 mm dengan jarak roda 1.280 mm.

 

benly

 

Honda menawarkan empat model dalam e: Series iaitu BENLY e: I, BENLY BENLY e: I Pro dan BENLY e: II Pro.

 

BENLY e: I berada dalam kategori Kelas 1 iaitu skuter dengan sesaran enjin kurang atau bersamaan 50cc dan output motosikal elektrik dengan output kurang daripada 0.6 kW.

 

Kelebihan versi Pro adalah ia hadir dengan bakul hadapan, carrier belakang, pelindung buku jari dan juga brek kaki.

 

Benly e:1, dalam versi standard dan Pro, mempunyai jarak tunggangan sejauh 87 km, manakala Benly e:2 boleh ditunggang sejauh 43 km bagi kedua-dua versi.

 

Model BENLY e: digerakkan oleh dua unit Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh dibuka dan ditukar dengan bateri gantian. 

 

panel meter

 

Selain sifar emisi, skuter BENLY e: mempunyai prestasi dakian yang berkuasa dan lancar walaupun dengan muatan barangan.

 

Setiap model didatangkan dengan dua pek bateri Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh ditanggalkan dan ditukar, serta dua pengecas.

 

Harga yang ditawarkan bermula dari 737,000 yen (RM27,921) bagi versi asas dan dari 748,000 yen (RM28,338) bagi versi Pro.

 

bateri

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…