Sistem bike-by-wire Free Drive - kayuh basikal tanpa rantai!

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan basikal elektrik yang ada di pasaran pada ketika ini masih lagi mempunyai penghubung mekanikal seperti rantai atau tali sawat yang menghubungkan pedal kaki dengan tayar belakang
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Schaeffler membawakan sistem baharu yang dinamakan sebagai Free Drive yang mampu meringkaskan lagi binaan basikal elektrik, mengurangkan kos penyelenggaraan dan dalam masa yang sama membenarkan pengeluar tampil dengan rekaan tanpa batasan.
 

bike-by-wire


Sistem Free Drive ini dirujuk sebagai sistem bike-by-wire, di mana penunggang masih perlu mengayuh untuk menggerakkan basikal/trike, tidak seperti sistem drive-by-wire pada kenderaan moden.

Sistem Free Drive ini terdiri daripada empat komponen utama - unit penjana terbina, motor elektrik hab 250 watt, bateri lithium dan unit kawalan pada bar hendal.

Kayuhan yang dilakukan akan mengaktifkan unit penjana dengan menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik sebelum disalurkan kepada unit motor, sementara unit motor itu pula menukarkan kembali tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk menggerakkan roda.
 

bike-by-wire


Unit penjana itu mengawal kadar rintangan yang dihadapi oleh penunggang ketika mengayuh berdasarkan tahap atau mod kayuhan yang dipilih untuk mengekalkan kelajuan.

Lebihan tenaga yang dijana itu akan disimpan ke dalam pek bateri di mana ia juga boleh memperoleh tenaga daripada sistem brek regeneratif.

Sumber: New Atlas

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…
Berita Domestik
  Menurutnya, syarikat yang telah lebih lima tahun beroperasi itu cuba mengaburi mata pihak…