Sistem bidaan nombor pendaftaran khas atas talian bermula 1 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan dilaporkan akan memperkenalkan sistem printis bidaan secara atas talian atau e-bidding bermula pada 1 Ogos untuk nombor pendaftaran khas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang bersetuju dengan cadangan tersebut berkata sistem e-bidding yang dikelolakan oleh syarikat tempatan itu masih lagi belum mendapat kelulusan daripada pihak kementerian.  

Pada sidang media di Putrajaya tengah hari tadi, beliau memberitahu pihak media bahawa sistem e-bidding tersebut sekiranya berjaya diluluskan akan mengendalikan sistem bidaan terhadap nombor plat pendaftaran khas bermula dari 1 Ogos sehingga 16 Ogos. 
 


Dengan pengenalan sistem terbaharu tersebut, Anthony menambah Malaysia akan mengaplikasikannya kepada nombor pendaftaran normal tidak lama lagi. 

"Di bawah sistem bidaan sedia ada, para pemohon perlu membayar sejumlah 50% daripada jumlah bidaan dan deposit akan dipulangkan di dalam masa dua hingga tiga bulan sekiranya bidaan gagal.

Tambah beliau, sistem terbaharu e-bidding ini akan menggunakan transaksi kad kredit, dan para pemohon tidak perlu membayar sebarang nilai sekiranya tidak berjaya (membida).

Sumber: New Straits Time

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, bidaan tertinggi ialah untuk nombor CEE 7 dan CEE 9…
Berita Domestik
Walaubagaimanapun, orang awam atau syarikat yang tidak pernah mempunyai rekod di sistem Mysikap…
Berita Domestik
"Dengan penubuhan persatuan rasmi, setiap ahli akan diberi nombor keahlian agar pengguna mudah…