Singer tutup produksi Classic Porsche 911 - 450 unit sahaja sepanjang 12 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Kepakaran Singer dalam menghasilkan kembali model klasik Porsche 911 generasi 964 memang tidak perlu dipertikaikan, namun setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche 911 selepas tempoh 12 tahun.

Ketuanya, Rob Dickinson mengesahkan pihak mereka telah pun menghentikan tempahan bagi model Classic Porsche 911 bagi memberikan laluan kepada projek yang lebih besar.

Menurutnya lagi, angka produksi dihadkan kepada 450 unit, dan angka tersebut sebenarnya tidak pernah dirancang sejak beliau memulakan operasi syarikat itu lebih sedekad yang lalu.
 

Singer


Ia juga bukanlah disebabkan oleh masalah kekurangan sumber Porsche 964.

Dickinson menjelaskan dengan mengehadkan produksi Classic Porsche 911 akan mengekalkan nilai model yang telah mereka bina sebelum ini.

"Kami mahu menghormati para pelanggan yang telah membeli kereta kami, dan mengekalkan nilai kereta tersebut sekiranya berlaku proses pindah milik, yang saya fikir lebih berkait dengan tanggapan Singer sebagai sebuah jenama melebihi kualiti sebuah kereta," ujarnya.

Selepas produksi Classic Porsche 911 tamat, Singer akan menumpukan perhatian kepada projek Singer Turbo, di mana model Porsche 911 yang dibina oleh Singer akan menggunakan nadi flat-six 3.8 liter turbo berkembar sejukan udara yang mapu menjana kuasa setinggi 450 hingga 510 hp.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Kini, model pertama daripada projek Turbo Study itu diperlihatkan secara rasmi dengan kuasa…