Singer perlihat model pertama lahir dari projek Turbo Study

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, penala Porsche terkenal Singer telah memperkenalkan projek Porsche 911 Turbo Study di mana tidak seperti model terdahulu dengan enjin aspirasi natural, ia kini menampilkan enjin boxer 3.8 liter flat six dengan induksi paksaan turbo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, model pertama daripada projek Turbo Study itu diperlihatkan secara rasmi dengan kuasa melebihi 500 hp dan kemasan yang agak cantik dipandang.

Tidak seperti model pameran awal tahun lalu yang dilayangkan dengan warna Wolf Blue, badan gentian karbon Porsche 911 generasi 964 ini dilayangkan warna Turbo White yang dihiasi dengan jalur hijau berkembar.
 

911


Sementara ruang dalaman pula menempatkan roda stereng Porsche rekaan klasik, gugusan meter analog, serta kemasan fabrik Houndstooth "Grun" pada bahagian panel pintu dan tempat duduk.

Untuk kemudahan, ciri moden seperti sistem pendingin hawa dan ciri pengecasan nirwayar masih lagi ditawarkan.

Enjin boxer 3.8 liter itu dipadankan dengan unit pengecas turbo berkembar, intercooler water-to-air bespoke, dan wastegate elektronik di mana ia kini berupaya menghasilkan kuasa setinggi 510 hp yang dipadankan dengan transmisi manual.
 

911


Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti sistem brek khusus, ABS, serta kawalan cengkaman!

Di bawah projek Turbo Study ini, Singer memberikan kebebasan kepada para pelanggan untuk menyesuaikan spesifikasi sama ada untuk memiliki sebuah kereta grand tourer yang mewah dan senyap, atau kereta agresif dengan talaan kuasa dan berat badan yang lebih ringan.

Difahamkan, sudah lebih daripada 70 tempahan diterima oleh Singer untuk projek Turbo Study ini.
 

911


Seperti biasa, tiada sebarang harga diumumkan oleh pihak Singer, memandangkan setiap kereta akan dilengkapi dengan ciri dan perincian yang tersendiri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche…