Singer sambut ulang tahun ke-10 - pamer tiga Porsche 911 unik di Goodwood FOS

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Singer Vehicle Design kini mencecah angka usia yang ke-10 pada tahun ini, dan bersempena dengan acara Goodwood Festival of Speed, penala terkenal itu bakal membawakan tiga 911 istimewa untuk paparan umum.

Berikut merupakan tiga buah model 911 yang dibina khusus daripada Singer:

 

Sussex


Porsche 911 Sussex ini dibangunkan dengan satu tujuan - untuk menjadi sebuah kereta lumba bagi lelaki-lelaki yang gentleman. 

Tidak seperti hasil binaan 911 Singer yang lain, 911 Sussex ini sebenarnya merupakan kereta yang dipandu setiap hari tanpa gagal - baik dari rumah ke tempat kerja sehinggalah kepada menyertai perlumbaan di litar lumba. 

Nadi kuasa 4.0 liter flat-six menghuni ruang enjin namun tidak pula dinyatakan angka prestasi sebenar bagi kereta gentleman ini. 

Singer 911 Sussex ini dilayangkan dengan warna Attact Grey serta kemasan livery, manakala di ruang dalaman pula tampil dengan tempat duduk jenis track seat dan tombol gear yang diinspirasikan daripada model 917.

 

 

Mullholland


Dibina sepenuhnya mengikut apa yang diinginkan oleh pelanggan termasuklah hasil layangan warna Blue Blood, grafik yang agak unik, tingkap perspex belakang dan rear quarter, sayap belakang jenis tetap dan juga lampu 'Frog'.

Bahagian dalaman Mullholland juga tampil dengan tempat duduk jenis track seat, serta kemasan warna hitam. 

Namun, anda tidak akan menjumpai komponen seperti sistem audio, panel dalaman, sistem pendingin hawa dan juga sistem penebat bunyi!

Ini adalah kerana pemiliknya mahukan bunyi ikonik daripada enjin flat-six 4.0 liter yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 

Untuk menghentikan kereta dengan mudah, cakera brek daripada seramik karbon telah digunakan. 
 


Dynamics and Lightweight Study


Ini merupakan kereta hasil kerjasama antara Singer bersama nama-nama besar dalam dunia automotif seperti Williams Advanced Engineering, Bosch, Brembo, Michelin dan banyak lagi. 

Tujuan kerjasama ini cumalah satu - mahu menghasilkan sebuah Porsche 911 dengan enjin sejukan udara termaju di dunia. 

Porsche 911 ini dikuasakan oleh enjin 4.0 liter aspirasi natural yang dipasang menggunakan rujukan dan nasihat daripada lagenda Porsche, Hans Mezger. 

Enjin ini mampu mencapai putaran enjin tertinggi sehingga 9,000 rpm menghasilkan 500 kuasa kuda!


 


Goodwood Festival of Speed akan berlangsung pada minggu hadapan bermula dari 4 sehingga 7 Julai. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menggandingkan input yang diperoleh daripada projek Singer yang terdahulu iaitu Dynamic and…
Berita Global
Lebih mengujakan penulis apabila syarikat Singer yang sangat terkenal dengan projek restomod…
Berita Global
Menurut laporan daripada Top Gear, Singer dikatakan akan menghentikan produksi model klasik Porsche…