Singapura lancar 10 unit bas bertaman bumbung pertama di Asia

oleh Mohamad Hanif|

Sebagai sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia, dekat pula dengan garisan khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, sistem pendingin hawa sahaja tidak mencukupi untuk memberikan keselesaan kepada pengguna sistem pengangkutan awam secara berkesan. 

Berkesan di sini merangkumi kos operasi secara keseluruhan, termasuklah kos penggunaan bahan api sepanjang hari.  

Untuk mengkaji sebuah cara yang lebih selamat dan mesra alam, Singapore Green Bulding Council melancarkan 10 unit bas pertama kendalian SBS Transit yang dilengkapi dengan taman bumbung pertama di Asia. 
 


Taman bumbung ini - menurut siaran media oleh GWS Living Art, Moove Media, National Parks Board, Singapore Green Building Council dan Temasek Foundation - tidak menggunakan tanah konvensional. 

Sebaliknya, tumbuhan ini ditanam di atas sekeping tikar tanaman yang lebih bersih, mudah untuk dijaga dan ekonomikal berbanding sistem taman bumbung konvensional yang menggunakan tanah biasa. 
 


Sistem ini akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan bagi mengkaji kesan penggunaan taman bumbung mampu menurunkan suhu di dalam ruang kabin bas, sekaligus mengurangkan penggunaan bahan api untuk sistem pendingin hawa.

Menurut Oh Cheow Sheng, pengarah kumpulan Nparks berkata, "ini merupakan satu usaha kreatif yang diharapkan mampu menarik lebih banyak inisiatif bagi menghijaukan lagi bandaraya Singapura.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo!, tindakan tersebut mengundang rungutan orang ramai berdasarkan gambar-gambar…
Berita Domestik
Rapid Bus telah mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner, di mana masing-masing…