Singapura benarkan bumbung bangunan parkir diguna untuk pertanian

oleh HEZERI SAMSURI|
Bila tiada tanah, bumbung pun boleh digunakan untuk projek tanaman pertanian.

Kerajaan Singapura membenarkan sembilan bangunan parkir kenderaan bertingkat di kawasan perumahan HDB (Housing Development Board) untuk disewa oleh petani urban bagi tanaman makanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Agensi Pemakanan Singapura (SFA), kawasan HDB itu terletak di Chua Chu Kang, Tampines, Sembawang dan Jurong Barat.

Ia adalah salah satu strategi "30-by-30" negara kepulauan itu untuk memastikan ia mampu menghasilkan 30 peratus dari keperluan pemakanan negara republik itu menjelang 2030.

SFA berkata kawasan itu akan digunakan untuk tanaman sayuran dan keperluan berkait seperti penyimpanan atau pembungkusan sayuran.

* Laporan asal dari Today Online

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…