Singapore Motorshow 2019 - Mitsubishi Eclipse Cross terima warna baharu, dan Special Black Edition

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena acara Singapore Motorshow 2019 yang sedang berlangsung pada ketika ini, Mitsubishi mengambil kesempatan untuk mempertontonkan edisi khas untuk kedua-dua model SUV Outlander dan Eclipse Cross.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Digelar sebagai The Dark Knights, kedua-dua model Special Black Edition ini didatangkan dengan elemen hitam di beberapa bahagian kenderaan seperti gril hadapan, rel bumbung, cermin sisi, dan rim aloi bersaiz 18 inci.

Selain daripada itu, keseluruhan panel badan kereta menerima balutan wrap berwarna gelap bagi menonjolkan lagi tahap sporty Eclipse Cross ini.
 


Sistem hiburan Eclipse Cross pula didatangkan dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto bagi memudahkan pengguna menghubungkan sistem multimedia bersaiz 7 inci kepada telefon pintar mereka.

Mitsubishi Eclipse Cross dikuasakan enjin 1.5 liter turbo MIVEC dengan kuasa maksimum sebanyak 163 PS dan daya kilas 250 Nm yang masuk pada julat putaran enjin 1,800 - 4,500 rpm.
 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan dua roda menerusi transmisi CVT dengan lapan nisbah kelajuan Sports.

Untuk keselamatan para pengguna, Eclipse dilengkapi dengan ciri terkini seperti Sistem Mitigasi Pelanggaran Hadapan, Lampu Suluhan Tinggi Automatik, dan juga Bantuan Mula Mendaki. 
 


Selain daripada itu, Mitsubishi Eclipse Cross turut menerima warna baharu Red Diamond kepada penawaran warna sedia ada iaitu Bronze Metallic, Black, Sterling Silver Metallic, Silky White dan Titanium Grey Metallic. 

Sangat menarik sekiranya Mitsubishi Motors Malaysia membawa masuk model ini untuk pasaran Malaysia. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaru di Jepun Mitsubishi mempertingkatkan kelengkapan Outlander PHEV, Outlander Black Edition…
Berita Global
Sama seperti penawaran yang terdapat pada Outlander, Eclipse Cross Black Edition didatangkan dengan…
Berita Global
  Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual…