Mitsubishi No. 1 dalam segmen PHEV di Jepun dalam tempoh 6 bulan 2022!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi Outlander PHEV
Mitsubishi Outlander PHEV
Kecuali Grand Lancer dan Mirage G4 yang dijual sehingga kini, Mitsubishi tidak lagi mempunyai sedan baharu lain di pasaran.

Mitsubishi lebih menumpukan perhatian kepada SUV dan pikap untuk pasaran global seperti Xpander, Outlander, Eclipse Cross dan Triton.

Mitsubishi juga banyak memfokuskan kepada teknologi elektrifikasi.

Strategi itu nampaknya membuahkan hasil apabila Outlander PHEV mencatatkan jualan tertinggi di Jepun bagi tempoh enam bulan tahun fiskal 2022 dari April hingga September.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi Eclipse Cross PHEV

 

Outlander PHEV generasi terdahulu dan model baharu yang dilancarkan pada Disember 2021 terjual sebanyak 10,749 unit.

Satu lagi fakta menarik apabila Eclipse Cross PHEV berada di kedudukan kedua dengan jualan sebanyak 2,430 unit.

Jualan kedua-dua model tersebut berjumlah 13,179 unit dan meletakkan Mitsubishi sebagai peneraju segmen PHEV di Jepun dengan pegangan pasaran sekitar 65 peratus!

Outlander PHEV adalah model andalan (flagship) Mitsubishi dengan menggabungkan teknologi terbaik di dalam elektrifikasi dan kawalan pacuan semua roda.

 

Mitsubishi Outlander PHEV 2023 AS

 

Outlander PHEV dilancarkan di Jepun pada Disember 2021 dan tampil segak dengan membawakan konsep rekaan luaran I-Fu-Do-Do atau tulen dan hebat di dalam bahasa Jepun.

SUV ini boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang dan digerakkan motor berkembar 4WD.

Mitsubishi sudah pun melancarkan Outlander di Australia dan New Zealand manakala jualan di Amerika Utara bermula pada November.

Walaupun hebat dengan teknologi turbo dan MIVEC seperti model popular sebelum ini, Mitsubishi telah lama terlibat dalam penyelidikan dan penyelidikan kenderaan elektrifikasi.

 

Mitsubishi eK X EV

 

Mitsubishi melancarkan i-MiEV pada tahun 2009 yang merupakan kereta elektrik keluaran massa pertama di dunia dan hasil program R&D kenderaan elektrifikasi sejak 1964.

Pada 2013 Mitsubishi memperkenalkan Outlander PHEV, SUV plug-in hibrid elektrik pertama di dunia.

Mitsubishi menerajui segmen PHEV dan kira-kira 310,000 unit Outlander PHEV terjual di lebih 60 buah negara di serata dunia.

Pada Jun 2022 Mitsubishi memperkenalkan kei-car (kereta mini) elektrik ek X EV dan jualan kenderaan perdagangan kei-car elektrik Minicab-MiEV akan disambung pada November 2022.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi Minicab-MiEV

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model pengganti Outlander (generasi keempat) diperkenal pada Februari 2021 dan versi hibrid…
Model Terbaharu
Outlander PHEV 2022 kini menampilkan pek bateri 20 kWh yang lebih besar kapasitinya (13.8 kWh pada…
Berita Global
Ya, dari segi luaran, agak sukar untuk membezakan antara model PHEV dengan model petrol yang biasa…