Sindiket LEGO palsu tumpas - Polis Shanghai serbu LEPIN

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Polis Shanghai berjaya mematahkan geng jenayah disyaki mengeluarkan serta menjual LEGO tiruan, iaitu LEPIN bernilai lebih 200 juta yuan (kira-kira RM120 juta), lapor agensi berita Xinhua.

Empat suspek turut ditahan dalam operasi dijalankan pada Selasa itu, dengan lebih 90 peralatan dan 630,000 LEGO tiruan dirampas, demikian menurut polis Shanghai.

Pada Oktober 2018 pengusaha tempatan Lepin didapati menjual bangunan dihasilkan daripada blok mirip produk LEGO.

Polis kemudian berjaya mengesan sindiket itu yang beroperasi di Shenzhen.

Menurut naib presiden dan penasihat umum LEGO China dan Asia Pasifik, Robin Smith produk tiruan bukan sahaja memberi impak besar kepada syarikat seperti LEGO, lebih membimbangkan dari segi keselamatan produk.


Siasatan lanjut mengenai kes itu masih dijalankan.

China dalam usaha melindungi hak harta intelek (IPR) melalui pelbagai peraturan selain menubuhkan mahkamah IPR di Beijing dan Shanghai.

Menurut data Mahkamah Tinggi Shanghai bilangan kes IPR di negeri itu mencatatkan rekod tertinggi tahun lepas.

-- BERNAMA

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seorang peminat tegar Lego, David Gustafsson kini merealisasikan meme tersebut dengan menghasilkan…
Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Antara yang bakal ditawarkan menerusi laman membeli belah dalam talian itu ialah kit unik LEGO…