Sindiket curi, ubah nombor casis lori tumpas

oleh Mohamad Hanif|
Polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket yang aktif dalam kegiatan mencuri dan mengubah nombor enjin lori baru-baru ini, menurut laporan MalaysiaGazette.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut terbongkar dalam Op Lejang Khas yang dibuat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor dan Perak pada 12 hingga 16 Jun lalu.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan seramai 18 individu yang disyaki bertanggungjawab dalam serbuan ke 10 premis bengkel di tiga lokasi berbeza,” katanya.

Dalam serbuan sama, Bahagian D4 (kenderaan berat), JSJ turut merampas  21 buah lori dan bongkah enjinnya serta peralatan mengetuk enjin casis.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan itu adalah sebanyak RM2.1 juta,” kata kenyataan yang sama.

Kesemua suspek yang ditahan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan mereka.

 


Sumber: MalaysiaGazette

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya telah menyampaikan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Datuk Armizan…
Berita Domestik
Menurut beliau, sindiket dikesan mengumpul bahan api menggunakan beberapa 'fleet card' sebelum…
Berita Domestik
Serbuan besar-besaran pada 29 September lalu dijalankan di 23 lokasi sekitar Lembah Klang, Pulau…