Shell, GoCar lanjutkan tempoh promosi Nissan Almera sehingga 28 April

oleh Mohamad Hanif|
GoCar Malaysia dan Shell Malaysia kini melanjutkan tempoh promosi untuk para petugas baris hadapan sehingga 28 April 2020.

Promosi itu menawarkan penggunaan Nissan Almera daripada barisan fleet GoCar dan boleh diakses dari mana-mana lokasi GoCar di seluruh Semenanjung Malaysia secara percuma.

Selain daripada itu, Shell Malaysia juga turut bermurah hati menawarkan baucer petrol bernilai RM30 bagi memudahkan perjalanan para petugas kesihatan ketika wabak COVID-19.

Pendaftaran boleh dilakukan di laman web GoCar di mana setiap permohonan yang telah diluluskan akan menerima kod promosi bernilai RM483 yang boleh digunakan untuk menempah Nissan Almera, disekalikan dengan baucer petrol bernilai RM30 yang akan dihantar menerusi alamat emel dan siapa cepat, dia dapat.

Menurut Alan Cheah, CEO GoCar Malaysia berkata, "kami berasa amat teruja untuk bekerja dengan rakan kongsi terbesar kami, Shell Malaysia bagi membantu dan meringankan beban para petugas baris hadapan.

Tambah Alan lagi, mereka juga turut memastikan setiap kereta GoCar dibersihkan dengan kerap, dan melengkapkan setiap staf GoCar dengan kit pembersihan komprehensif seperti topeng muka, sarung tangan, cecair pembasmi kuman, spray disinfektan dan spray fabrik anti-bakteria.

 


Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "kami berusaha apa yang termampu bagi membantu mengurangkan kesan serta meratakan graf lengkung akibat wabak COVID-19, dan inisiatif ini bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan para petugas baris hadapan terjamin bagi meneruskan perjuangan.

Selain daripada itu, Shell Malaysia turut menjalankan beberapa langkah pencegahan di stesen minyak seperti proses sanitasi berkala, penggunaan tanda penjarakan sosial serta memantau kesihatan staf yang bekerja di stesen minyak seluruh negara.

Menerusi penggunaan kad BonusLink, Shell juga menggalakkan ahli untuk menderma menggunakan mata ganjaran selain mengedarkan pakej bantuan ke beberapa buah hospital.

Seterusnya, Shell akan membekalkan topeng muka kepada para pelanggan Shell Fleet Cards, pemandu serta para pemandu trak komersil.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pelbagai rintangan terpaksa dilalui oleh barisan hadapan medik ini! Mereka perlu memberikan…
Berita Domestik
Insiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu mana-mana perniagaan yang terjejas akibat…
Berita Domestik
Bermula hari ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan perkhidmatan dari dan ke KLIA serta KLIA2…