Shell Fuelsave 95 kini dengan piawaian Euro 4M

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan usaha ke arah masa hadapan tenaga yang lebih bersih dan menyokong inisiatif kerajaan, Shell Malaysia mengumumkan pihaknya kini bersedia untuk memperkenalkan bahan api RON95 dengan piawaian Euro 4M bermula 1 Januari ini.

Spesifikasi bahan api Euro 4 yang telah dimodifikasi (digelar Euro 4M) mampu mengurangkan kandungan maksimum sulfur di dalam bahan api petrol dan diesel daripada 500 ppm (parts per million) kepada 50 ppm sahaja. 

Kandungan sulfur yang rendah mampu menjadikan persekitaran yang lebih bersih disebabkan pelepasan emisi yang lebih rendah, sekaligus memberikan prestasi yang lebih baik. 
 


Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "bahan api Shell Fuelsave 95 direka untuk bergerak dengan lebih jauh dan ia menjadi lebih baik. 

"Dengan piawaian Euro 4M, Fuelsave 95 juga dilengkapi dengan teknologi DYNAFLEX yang mampu mengurangkan kadar geseran di dalam enjin. Dengan kandungan sulfur yang lebih rendah, bahan api FuelSave 95 E4M ini mempunyai faedah yang mampu memberikan manfaat kepada persekitaran, mengurangkan penghasilan asap dan menjadikan penyelenggaraan enjin yang lebih bersih," ujar beliau lagi.

Bahan api baharu Fuelsave 95 Euro 4M itu boleh didapati di beberapa stesen minyak Shell yang terpilih di seluruh negara bermula 19 Disember ini dan pelaksanaan penuh di seluruh negara bermula 1 Januari 2020

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kempen "Ganjaran Ekstra", para pelanggan berpeluang untuk mendapatkan cashback dan rebat…
Berita Domestik
Inisiatif #RamadanWithShell ini bertujuan untuk menyokong perusahaan lokal dan pengusaha makanan…
Berita Domestik
Menerusi kempen #HeroKami yang telah dijalankan, Shell Rimula telah berjaya mengedarkan kira-kira…