Serial 1 - basikal elektrik pertama Harley-Davidson

oleh Mohamad Hanif|
Model Livewire merupakan model motosikal elektrik pertama yang dilancarkan oleh Harley-Davidson, dan nampaknya pengeluar motosikal Amerika Syarikat itu mempunyai sebuah lagi model elektrik - kali ini sebuah basikal!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, ia bukanlah dipasarkan secara terus di bawah jenama tersebut, akan tetapi basikal elektrik ini dipasarkan dibawah nama syarikat baharu yang dinamakan sebagai Serial 1.

Jika anda mengikuti rapat sejarah Harley-Davidson, nama Serial 1 itu sebenarnya diinspirasikan daripada model tertua Serial Number One.

 


Menurut Aaron Frank dari Serial 1, "ketika Harley-Davidson pertama kali menempah nama di dalam industri dua roda pada tahun 1903, ia sekaligus mengubah bagaimana dunia bergerak, selamanya.

"Diinspirasikan daripada visi pengasas Harley-Davidson, kami berharap dengan Serial 1 eBicycle ini ia mampu 'mengubah' dunia sekali lagi.

 


Serial 1 menampilkan pelana Brooks, sistem lampu terbina dalam, sebuah motor yang dipasang pada tengah basikal, sistem pacuan berasaskan tali sawat, sistem brek cakera dan tayar berwarna putih.

Pek bateri pula nampaknya disimpan pada rangka basikal yang dicat dengan warna hitam berkilat.

Maklumat lanjut dipertontonkan pada video di bawah:

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Digital e-Bike (gambar utama) merupakan basikal yang serba minimalis dan futuristik, terima kasih…
Berita Global
  Ini merupakan kejadian kebakaran kedua di lokasi yang sama dalam tempoh sembilan bulan, kata…
Berita Domestik
  Menurutnya, syarikat yang telah lebih lima tahun beroperasi itu cuba mengaburi mata pihak…