Senarai model kereta baharu untuk tahun 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pejam celik pejam celik, satu lagi tahun bakal berlalu meninggalkan kita. 2022 telah dimeriahkan dengan pelbagai pelancaran model baharu dari dalam dan luar negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

2022 merupakan satu lagi tahun yang sukar untuk kebanyakan pengeluar di seluruh dunia apabila mereka masih menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan semikonduktor dan komponen tertentu.

2023 bakal menyaksikan pelbagai model baharu yang akan diperkenalkan oleh pengeluar dari dalam dan luar negara untuk memeriahkan lagi senario automotif tempatan.

Berikut merupakan senarai model baharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, mengikut pengeluar:

 

1) Proton

haoyue

 

Berita mengenai pelancaran sebuah lagi SUV dari Proton, iaitu X90 telah berlegar semenjak 2021 lagi. X90 merupakan model yang diasaskan dari Geely Haoyue dan dikenali sebagai Okavango di Filipina.

Tahun ini, beberapa gambar intip telah tersebar menunjukkan X90 sedang diuji di beberapa jalan Malaysia, mungkinkah 2023 bakal menjadi tahun pelancarannya?

Baca: Geely Haoyue

 

emgrand

 

Selain SUV, Proton turut dilapor akan memperkenalkan sebuah sedan untuk menggantikan model Preve, iaitu Proton S50.

S50 telah beberapa kali dikesan sedang diuji, dan gambar intip terkini turut menunjukkan model tersebut dengan unit pemanduan sebelah kanan (RHD).

 

s50

 

S50 diasaskan dari model Geely Emgrand, untuk pasaran China ianya dikuasakan oleh enjin 1.5 liter NA menghasilkan 114 HP dan 147 Nm.

Manakala S50 yang bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia dijangka akan dikuasakan enjin 1.5 TGDI hasil dari kilang Proton Tanjung Malim.

Baca: Geely Emgrand

 

2) Perodua

ayla

 

Jenama nasional kedua negara ini sangat popular dengan menghasilkan kereta kompak mampu milik. Tahun ini banyak berita mengenai generasi baharu Axia D74A yang dijangka tiba seawal 2023.

Axia D74A bakal menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), namun spesifikasi enjinnya masih belum didedahkan.

Terdapat sumber mengatakan Axia baharu bakal menerima enjin 1KR-VET 1.0 liter tiga silinder turbo, tetapi ianya dilihat agak mustahil kerana kos untuk enjin tersebut akan meningkat sekaligus menaikkan harga kereta.

Sebaliknya, Axia baharu mungkin hanya akan dikuasakan enjin WA-VE 1.2 liter tiga silinder NA serba baharu.

 

3) Smart

smart

 

Proton kini telah sah menjadi pengedar dan penjual rasmi EV jenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.

Model smart #1 akan menjadi model pertama dibawah Proton dan dijangka tiba di pasaran tempatan pada suku keempat 2023.

 

4) Toyota

vios

 

Toyota dijangka akan tiba dengan sebuah sedan segmen B yang popular di Asean iaitu Vios generasi baharu, sebelum ini pasaran Thailand dan Indonesia telah menerima model baharu tersebut.

Vios generasi baharu tersebut menggunakan platform yang sama seperti Raize, Rocky, Ativa dan Rex.

Untuk pasaran Indonesia, Vios baharu dikuasakan nadi yang sama dengan Myvi, iaitu enjin 2NR-VE 1.5 liter menghasilkan 105.6 HP dan 138 Nm.

 

bZ4X

 

Selain itu, Toyota turut akan melancarkan EV pertama mereka iaitu bZ4X.

Di samping beberapa buah model sport seperti:

- GR 86

- GR Corolla

- GR Supra (Transmisi manual)

 

5) Chery

chery

 

Setelah beberapa tahun meninggalkan pasaran Malaysia, jenama dari China, Chery dilapor akan melancarkan beberapa model baharu mereka untuk pasaran tempatan. Antaranya ialah:

- Omada 5

- Tiggo 4 Pro

- Tiggo 7 Pro

- Tiggo 8 Pro

Baca: Chery kembali ke Malaysia

 

6) Hyundai

hyundai

 

Jenama dari Korea Selatan ini turut tidak ketinggalan untuk memeriahkan pasaran kereta baharu 2023.

Sebelum ini Hyundai telah umumkan secara rasmi 4 model yang akan dilancarkan termasuk sebuah EV, antaranya ialah:

- Hyundai Ioniq 6

- Hyundai Creta

- Hyundai Santa Fe

- Hyundai Palisade

 

7) Kia

niro

 

Satu lagi jenama dari Korea Selatan, Kia turut dijangka akan melancarkan beberapa model baharu.

Antara model yang akan diperkenalkan oleh pengedar rasminya, Dinamikjaya Motors ialah:

- Kia Niro

- Kia Sorento 2023

- Kia Sportage 2023

 

8) BYD

seal

 

Pendatang baru dari China, BYD tahun ini telah melancarkan sebuah EV baharu iaitu Atto 3, BYD di bawah Sime Darby Motors dijangka akan melancarkan 2 lagi EV baharu.

Pertama ialah BYD Seal yang merupakan sebuah EV sedan, untuk pasaran China ianya ditawarkan dengan 4 varian.

 

dolphin

 

Satu lagi model ialah sebuah SUV mini, BYD Dolphin yang didatangkan dengan 2 varian untuk pasaran China, Dolphin dijangka akan menjadi EV pertama di bawah harga RM100 ribu.

Baca: BYD Seal dan BYD Dolphin

 

9) Honda

front

 

Tidak sah jika jenama H tiada dalam senarai, sebelum ini untuk pasaran US, Honda telah mendedahkan Accord 2023 generasi kesebelas.

Kemungkinan model tersebut akan memasuki pasaran di Asean setelah dilancarkan di US, Accord 2023 untuk pasaran US ditawarkan dengan varian enjin 1.5 liter VTEC turbo menghasilkan 192 HP dan 250 Nm.

 

rear

 

Manakala satu lagi varian ditawarkan dengan enjin 2.0 liter bersama 2 motor hibrid menghasilkan 204 HP dan 335 Nm.

Baca : Honda Accord 2023

 

10) BMW

i7

 

Tahun 2023, BWM dijangka akan memperkenalkan lagi sebuah model dalam barisan BMW i, iaitu model i7 yang akan menjadi pencabar kepada Mercedes-Benz EQS.

i7 menggunakan asas dari model G70 7 Series, ianya dikuasakan oleh dua motor elektrik yang menghasilkan sehingga 544 HP dan 795 Nm dengan jarak gerak sehingga 615 km.

 

7 series

 

BMW juga akan memperkenalkan sedan mewah mereka iaitu G70 7 Series 2023 yang akan menjadi pesaing kepada W223 Mercedes-Benz S-Class.

 

11) Mercedes-Benz

eqs

 

Mercedes-Benz juga bakal memeriahkan lagi segmen EV SUV dengan penambahan dua lagi model ke barisan EQ mereka.

EQS SUV dikuasakan oleh bateri litium-ion 108.4 kWj menghasilkan 544 HP dan 858 Nm dengan sistem pacuan semua roda (AWD) memberikan jarak gerak sehingga 485 km.

 

eqe

 

EQE SUV pula dikuasakan oleh bateri litium-ion 90.6 kWj menghasilkan 292 HP dan 565 Nm dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) memberikan jarak gerak sehingga 470 km.

 

12) Audi

e-tron

 

PHS Automotive yang merupakan pengedar rasmi Audi di Malaysia sebelum ini telah mendedahkan bahawa Audi e-tron GT akan tiba di pasaran Malaysia pada suku kedua 2023.

Ianya akan ditawarkan dengan 2 varian iaitu e-tron GT dan RS e-tron GT, kedua-dua varian dikuasakan oleh bateri litium-ion 85 kWj dengan dua motor elektrik memberikan jarak gerak sehingga 487 km.

Varian e-tron GT menghasilkan 476 HP dan 630 Nm, manakala varian RS e-tron GT menghasilkan 598 HP dan 830 Nm.

 

13) Volkswagen

ID.4

 

Volkswagen ID.4 dilihat sebagai calon pertama EV Volkswagen untuk pasaran Malaysia apabila model tersebut telah dipratonton pada acara Volkswagen FEST 2022.

Model tersebut turut dikesan beberapa kali sebelum ini di jalan Malaysia yang menguatkan lagi jangkaan pelancaran ID.4 untuk pasaran Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya berkenaan kenderaan model baharu ini. Sebelum ini,…
Berita Domestik
Terdapat berita baik bagi mereka yang menantikan kehadiran model-model terbaharu jenama China itu…
Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong dalam satu acara yang…