Senarai harga baharu Volkswagen - penurunan dari RM930 sehingga RM9,484

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan senarai harga jualan baharu selepas pengecualian cukai jualan untuk pasaran Malaysia dan akan berkuatkuasa bermula 15 Jun ini sehingga 31 Disember 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Models

Harga Termasuk Cukai Jualan

Harga Tanpa Cukai Jualan

Perbezaan Harga

Polo

RM74,990

RM74,060

RM930

Polo JOIN

RM81,990

RM81,060

RM930

Vento Comfortline

RM84,690

RM83,709

RM981

Vento Comfortline JOIN

RM91,690

RM90,709

RM981

Vento Highline

RM91,490

RM89,077

RM2,413

Vento Highline JOIN

RM98,490

RM96,077

RM2,413

Tiguan Highline

RM165,990

RM162,108

RM3,882

Tiguan Highline JOIN

RM175,990

RM172,108

RM3,882

Passat Elegance

RM187,990

RM181,856

RM6,134

Golf R-Line

RM173,390

RM168,505

RM4,885

Golf GTI

RM246,490

RM238,857

RM7,633

Golf R

RM304,390

RM294,905

RM9,485

Beetle Sport

RM152,390

RM152,390

-

 

Di Malaysia, kebanyakan model Volkswagen adalah model pemasangan tempatan (CKD), ini merangkumi model Polo, Vento, Tiguan dan Passat dan kesemuanya mendapat potongan cukai jualan 100 peratus.

 

Untuk model Golf pula, ia merupakan model yang diimport sepenuhnya (CBU) dan pengurangan cukai jualan adalah 50 peratus sahaja.  

 

Pengarah Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata beliau mengalu-alukan pengecualian cukai penjualan ini kerana ia bermanfaat kepada pembeli.

 

“Kami sentiasa berusaha menjadikan kejuruteraan Jerman mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Berita baik dengan potongan cukai jualan ini akan memberi dorongan yang sangat diperlukan untuk sektor automotif yang tidak aktif semasa Perintah Kawalan Pergerakan."

 

Promosi VPCM terkini adalah ansuran percuma selama enam bulan untuk semua varian Tiguan yang ditempah dan didaftarkan sehingga 30 Jun ini.

 

VPCM juga turut menawarkan tempahan menerusi Volkswagen eShowroom, di mana anda akan menikmati rebat tunai sehingga RM4,000 dan khidmat penghantaran istimewa dengan penggunaan sebuah trak flatbed tunggal  terus ke rumah anda secara percuma  untuk lokasi dalam radius 20 km dari pusat pengedar. 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Global
Ini bermakna, Golf 2024 akan menjadi model bertransmisi automatik sahaja sekiranya tiada sebarang…
Berita Global
  Penduduk tempatan sudah berbulan-bulan merungut di Facebook mengenai keadaan jalan berlubang…