Lamborghini seperti contoh, berjaya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 7,430 unit kenderaan untuk tempoh sembilan bulan pertama.
Dengan peningkatan sebanyak 8.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, Lamborghini berada di landasan yang tepat untuk mengatasi rekod terbaik tahun lalu (8,405 unit).
Malah, Lamborghini menjelaskan kini terdapat tunggakan tempahan kenderaan melebihi tempoh 18 bulan!
Menurut CEO-nya Stephan Winkelmann, perkembangan terbaharu ini dikatakan dapat membantu Lamborghini untuk berdepan dengan sebarang cabaran ekonomi yang dijangka akan melanda tahun 2023.
Dalam satu temubual bersama laman ABC News, CEO itu menjelaskan disebabkan jumlah tempahan yang cukup tinggi, terdapat kebarangkalian 99.9 peratus pembeli tidak akan mendapat model baharu dari jaringan pengedar di Amerika Syarikat buat masa ini.
Seperti yang dijangka, Urus mendominasi carta jualan Lamborghini dengan jumlah jualan 4,834 unit (naik 7 peratus), diikuti supercar V10 Huracan dengan 2,378 unit (naik 11 peratus).
Selebihnya disumbangkan oleh model Aventador yang telah pun ditamatkan produksinya baru-baru ini.
Sumber: ABC News