Sempena sambutan Hari Wanita, HLYM lancarkan kelab Dewi Yamaha Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena menyambut Hari Wanita pada 8 Mac yang lepas, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah melancarkan kelab Dewi Yamaha Malaysia bagi menghargai para wanita yang meminati motosikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bertempat di taman tema air terbaharu di Malaysia iaitu SplashMania Waterpark yang disertai oleh lebih 700 orang ahli.

 

2

 

Tujuan penubuhan kelab tersebut adalah untuk menyokong komuniti pengunggang wanita bagi mengasah kemahiran menunggang mereka dan menyertai pelbagai aktiviti serta acara anjuran HLYM.

Selain itu, kelab itu juga bakal menganjurkan pelbagai aktiviti di seluruh Malaysia, termasuk program amal, aktiviti perhimpunan dan konvoi tunggangan.

 

3

 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries Berhad, Dato’ Dr. Jim Khor berkata bahawa pemilikan motosikal baharu dikalangan wanita telah meningkat sebanyak 25% berbanding 14% pada tahun lalu.

Dengan mewujudkan satu platform untuk penunggang wanita mempelajari dan menyokong satu sama lain, ianya diharap dapat memperkasakan dan menggalakkan wanita untuk mengejar minat dan matlamat mereka, baik di dalam mahupun di luar jalan.

 

4

 

Semasa acara pelancaran, para peserta mengambil bahagian dalam aktiviti Treasure Hunts dan Obstacle Challenge yang menunjukkan kualiti sejajar dengan slogan “Bijak, Berani dan Siap Sedia”.

Salah seorang peserta bertuah memenangi premium tajaan oleh Berjaya Sompo dan AEON Credit Services, serta satu pemenang bertuah berjaya pulang dengan membawa Yamaha Ego Gear.

 

5

 

Kelab Dewi Yamaha Malaysia dijangka memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak lagi wanita untuk menyertai industri motosikal, menjadi contoh kepada orang lain, dan seterusnya menggalakkan kesaksamaan jantina.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bermula hari ini, para pelanggan boleh mula mendapatkan dua warna baharu untuk versi standard iaitu…
Berita Domestik
Inisiatif tahun ini dikenali sebagai "Fiesta Ride Smart, Ride Selamat" dengan objektif untuk…
Pelancaran Motosikal
Yamaha Y16ZR 2024 kini membawakan ciri keselamatan brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal, diikuti…