Semak harga tiket melalui aplikasi rasmi penerbangan, elak beli mahal

oleh Penyumbang Rencana|
Anthony Loke menunjukkan aplikasi harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada sidang media di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya pada 17 April 2023. Gambar dari Bernama
Pengguna perlu menyemak harga dan membeli tiket menerusi aplikasi rasmi yang disediakan syarikat penerbangan bagi mengelak pembelian tiket pada harga tinggi terutama ketika musim perayaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.


Bercakap pada sidang media berkenaan harga tiket penerbangan sempena Aidilfitri 2023 di Putrajaya pada Isnin, Loke berkata harga tiket adalah berbeza sekiranya pengguna membuat pembelian melalui aplikasi lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Kalau ingin beli tiket MAS, pengguna perlu rujuk harga dalam aplikasi MAB (Malaysia Airlines Bhd), bukan melalui aplikasi lain.

“Kalau pengguna beli tiket MAB melalui aplikasi AirAsia SuperApp, harga adalah berbeza (lebih tinggi),” katanya dan menambah pengguna perlu mengelak pembelian tiket saat akhir sekiranya ingin menikmati kadar harga istimewa.

Loke berkata demikian susulan laporan media mengenai dakwaan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa harga tiket mencecah RM3,138 bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini.

Katanya sebagai bekas menteri pengangkutan, Wee sepatutnya arif mengenai kaedah pembelian untuk mendapatkan tiket pada kadar harga istimewa ketika musim perayaan.

“Dia (Wee) hanya semak harga melalui AirAsia SuperApp. Mantan menteri tak kan tidak tahu bahawa MAS (MAB) ada aplikasi sendiri. Kalau semak tiket MAS mengapa guna AirAsia SuperApp, ini macam nak beli KFC tapi pergi McDonald’s, tak masuk akal,” katanya.

Loke berkata 80 peratus tiket penerbangan MAB bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Tawau dijual pada harga bawah RM841 bagi tempoh 19 hingga 25 April.

Beliau berkata syarikat penerbangan akan menawarkan harga istimewa pada setiap kali musim perayaan bagi membolehkan rakyat pulang ke kampung halaman.

Sebagai contoh, syarikat penerbangan AirAsia menawarkan tambang tetap pada harga RM199 sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru ke Kuching, Sibu, Bintulu serta Miri; dan RM249 sehala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Tawau, serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu, katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Informasi
Beliau berkata hal itu tidak dapat dielakkan dan PBBPP perlu menyemak semula harga tiket dari…