Harga tiket bas eksekutif di Pantai Timur dijangka naik 42 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka menaikkan harga tiket bas eksekutif sebanyak 42 peratus iaitu dari RM44 kepada RM75, dalam masa terdekat.

Perkara itu diputuskan menerusi perbincangan membabitkan pengusaha bas di Pantai Timur berikutan kos yang semakin meningkat dan negeri lain pula sudah lama menaikkan harga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata bas eksekutif bermaksud bas yang mempunyai kerusi 2+1 di setiap barisan, manakala bas ekonomi pula membabitkan kerusi 2+2 di setiap barisan.

Ketika ini, katanya, pengusaha bas di Pantai Timur mengenakan tambang tiket ekonomi untuk bas eksekutif dan tindakan itu dibuat akibat persaingan yang berlaku sebelum ini.

"Namun disebabkan kos yang semakin meningkat termasuk alat ganti dan harga bas yang semakin mahal menyebabkan pengusaha bas sudah tidak mampu menampung kos operasi dan kami sepakat untuk menaikkan tambang kepada harga yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Bagi bas ekonomi untuk perjalanan Kelantan ke Kuala Lumpur, harga yang akan dikenakan RM44 berbanding kini RM35, manakala tiket bas eksekutif yang akan dikenakan RM75 berbanding kini RM44.

"Kenaikan harga ini akan dibuat dalam masa terdekat dan mungkin ini Aidilfitri terakhir di mana penumpang masih membeli dengan harga tiket yang lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim dan asnaf di pejabatnya, di sini, hari ini.

Che Ibrahim berkata, selepas berlaku kenaikan berkenaan, harga tiket bas eksekutif atau ekonomi akan selaras di semua negeri berbanding di Pantai Timur buat masa ini lebih murah.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Informasi
Beliau berkata hal itu tidak dapat dielakkan dan PBBPP perlu menyemak semula harga tiket dari…
Informasi
"Pelarasan semula kadar tambang ini akan memanfaatkan kira-kira 40,000 rakyat Malaysia yang…